Rumah Mampu Milik Johor: Rakyat Mampu Memiliki, Bukan Sekadar Dibina
Rumah Mampu Milik Johor: Rakyat Mampu Memiliki, Bukan Sekadar Dibina

JOHOR BAHRU, 6 Okt – Usaha menyediakan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) terus diberi perhatian bagi memastikan lebih ramai rakyat, khususnya keluarga yang masih menyewa dan pasangan muda, berpeluang memiliki kediaman sendiri dengan kehidupan yang lebih selesa dan terjamin.
Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, berkata perkara paling penting dalam setiap pembangunan perumahan ialah manfaat yang akhirnya diterima rakyat, bukan sekadar jumlah unit yang dibina.
“Di sebalik setiap rumah yang kita rancang, ada sebuah keluarga yang sedang menanti. Kita mahu mereka bukan sahaja memiliki rumah, tetapi mampu tinggal dengan selesa dan tidak terbeban selepas menerima kunci.”
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan, Penilaian dan Reka Bentuk (PDRC) yang meneliti cadangan pembangunan serta penyelarasan RMMJ melibatkan komitmen 3,790 unit.
Menurutnya, sehingga Mesyuarat PDRC, sebanyak 45,575 unit RMMJ telah dikomitmenkan melalui 190 projek melibatkan 152 pemaju di 10 daerah dan 16 pihak berkuasa tempatan, dengan sasaran siap menjelang 2030.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Terus Dominasi Industri Asas Tani Negara, Catat Jualan RM517 Juta
- Mahasiswa Perlu Perkasa Ilmu Dan Kemahiran – Ahmad Maslan
- Isu RM314 Juta MYEG/Zetrix: Timbul Teka-teki… Kenapa Didiamkan Sebelum Ini?
Biodiesel B15 Langkah Strategik Kurangkan Diesel Petroleum – Noraini
Katanya, aspek kesejahteraan bakal penghuni turut diberi perhatian dalam menilai setiap cadangan, termasuk keluasan rumah, bilangan bilik, kemudahan, harga jualan, kos penyelenggaraan serta kesesuaian lokasi.
Antara yang diteliti ialah pembangunan RMMJ di Taman Pulai Damai, Mukim Pulai yang melibatkan 852 unit, selain penyelarasan projek di Bandar Seri Alam, Bandar Baru Bakri, Kota Tinggi, Kulai, Senai dan Kluang.
“Kita tidak mahu rakyat hanya menerima sebuah rumah. Kita mahu mereka menerima tempat tinggal yang sesuai untuk membesarkan anak-anak, membina keluarga dan menikmati kehidupan yang lebih baik.”
Beliau berkata penyelarasan bersama agensi teknikal, pihak berkuasa tempatan dan pemaju perlu diperkukuh supaya isu yang berbangkit dapat diselesaikan dan projek tidak tertangguh.
“Keutamaan kita jelas iaitu rumah yang mampu dimiliki, selesa didiami dan memberi ketenangan kepada keluarga. Setiap kunci yang diserahkan kepada rakyat adalah ukuran sebenar kejayaan agenda perumahan negeri.” – UMNO Online
Rumah Mampu Milik Johor: Rakyat Mampu Memiliki, Bukan Sekadar Dibina
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bentuk Akhlak Anak Tanggungjawab Bersama – Hasrunizah Hassan
- Penyatuan Ummah Bukan Kerana Takut Hilang Kuasa – Hasnal Rezua
- KUSKOP Perkukuh Daya Saing PMKS Tembusi Pasaran Global – Mohamad Alamin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kita Geng Biru: Turun Padang, Kukuhkan Gerak Kerja Akar Umbi
You must be logged in to post a comment.