Isu RM314 Juta MYEG/Zetrix: Timbul Teka-teki… Kenapa Didiamkan Sebelum Ini?
Isu RM314 Juta MYEG/Zetrix: Timbul Teka-teki… Kenapa Didiamkan Sebelum Ini?

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim mempersoalkan penjelasan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berhubung isu tunggakan bayaran MYEG/Zetrix kepada kerajaan yang dilaporkan mencecah RM314 juta.
Beliau berkata, jumlah berkenaan menimbulkan persoalan lebih besar apabila sebelum ini nilai tunggakan yang diperkatakan adalah sekitar RM200 juta, selain mempersoalkan mengapa tindakan hanya diambil selepas hampir enam bulan berlaku pelanggaran kontrak dan obligasi pembayaran.
“Yang paling menjadi teka-teki dan persoalan ialah bagaimana hampir enam bulan tindakan baru ingin diambil selepas pelanggaran kontrak dan obligasi bayaran tidak dibuat sehingga jumlah RM314 juta yang telah dikutip.
“YB (Yang Berhormat) Menteri dalam kenyataannya tidak pula mendedahkan SOP (Prosedur Operasi Standard) kutipan, berapa lama tempoh yang ditetapkan untuk hasil yang dikutip diserahkan ke akaun pihak kerajaan,” katanya menerusi kenyataan di media sosial.
Menurut beliau, sekiranya terdapat tempoh yang jelas untuk penyerahan kutipan kepada kerajaan dan kegagalan berlaku sejak awal, pihak yang terlibat sepatutnya boleh dikenakan tindakan lebih awal termasuk pemberhentian perkhidmatan sekiranya berlaku kecuaian atau kegagalan mematuhi obligasi kontrak.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UiTM Titik Mula Gerakkan Agenda Malaysia Biru
- Perkhidmatan Parlimen: Memanfaatkan Kebebasan Parlimen Demi Rakyat
- Identiti, Warisan Melayu/Islam Perlu Ada Kesinambungan – Dusuki Ahmad
Agong Perkenan Tujuh Akta Diluluskan Pada Sidang Parlimen Lepas
Seterusnya, Gulam turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa hanya menjadi perhatian serius selepas laporan media dari Singapura membangkitkan perkara berkenaan dan menggesa Kementerian Pengangkutan menyaman pihak berkenaan sekiranya ia tidak benar.
“Persoalannya kenapa selepas enam bulan, itu pun selepas media dari negara jiran Singapura yang mendedah dan melaporkan, selepas media di Malaysia seperti didiamkan dan tidak digembar-gemburkan menjadi isu negara?
“Adakah RM314 juta duit rakyat telah lesap dan disonglapkan? Ini bukan perkara remeh kerana itu semua adalah hasil negara yang disakau secara ‘sistematik’ jika betul ia berlaku dan malang sekali,” tegasnya.
Dalam pada itu, Gulam turut menimbulkan persoalan berkenaan isu dana RM200 juta Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) yang masih menjadi perhatian awam.
“Akhir kata, isu dana RM200 juta KWAP yang lesap belum lagi reda, timbul pula duit hasil kerajaan RM314 juta daripada MYEG/Zetrix bakal lesap?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keganasan Di Sekolah Salah Siapa? Jangan Tunggu Nyawa Melayang
- Kita Geng Biru: Pemuda UMNO Siap Siaga ‘Birukan’ Melaka
- Rapatkan Saf, Perkukuh Bagan Datuk
“Untuk memudahkan niat, mungkin kali ini YB Anthony Loke boleh guna alasan untuk letak jawatan atas isu kegagalan MYEG/Zetrix daripada menggunakan isu tahanan di rumah Bossku (Datuk Seri Najib Razak), sebab ia lebih berprinsip dan mulia,” katanya. – UMNO ONLINE
Isu RM314 Juta MYEG/Zetrix: Timbul Teka-teki… Kenapa Didiamkan Sebelum Ini?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hak Undang Yang Empat Tidak Boleh Dipertikaikan – Pengkaji Adat Perpatih
- Ilmu Membentuk Akhlak, Adab Dan Jati Diri Mahasiswa – Dr Zambry
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.