UiTM Titik Mula Gerakkan Agenda Malaysia Biru

UiTM Titik Mula Gerakkan Agenda Malaysia Biru

UiTM Titik Mula Gerakkan Agenda Malaysia Biru

SHAH ALAM, 5 Okt – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihati mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) supaya memegang tiga amanah utama sebagai bekalan membentuk generasi berilmu, berkemahiran dan mampu memimpin perubahan negara.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, amanah pertama ialah memerdekakan akal dengan membina pendirian berasaskan ilmu dan bukti, selain tidak mudah dipengaruhi sentimen, tekanan kelompok atau algoritma.

“Beranilah berfikir sendiri dan cukup jujur untuk menerima kebenaran walaupun mencabar pendirian sendiri.

“Kuasai kepakaran, Malaysia memerlukan generasi yang mampu mencipta teknologi dan memiliki hasil inovasinya sendiri. Kita mesti mampu menentukan arah kemajuan negara, dengan bergerak daripada pengguna kepada pencipta, daripada penyertaan kepada penguasaan.

“Berkhidmatlah dengan amanah. Apabila mempunyai kedudukan dan kuasa membuat keputusan, ingatlah mereka yang bergantung pada kebijaksanaan kita. Pastikan setiap ilmu, kepakaran dan sumbangan kita membawa manfaat kepada rakyat dan negara,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Perlu Kuasai Naratif Politik, Yakinkan Masyarakat – Johari

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada satu program anjuran Yayasan Ilmuwan Islam Malaysia, Semarak Patriotisme: Seminar Ilmuwan Islam di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM, Shah Alam, pada Ahad.

Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr Ahmad Maslan; Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Naib Canselor UiTM Datuk Ts Dr Shahrin Sahib; Timbalan Naib Canselor Prof Dr Mohd Sazli Sahibi serta peserta-peserta seminar.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO menambah, ketiga-tiga amanah berkenaan penting dalam memperkukuh Agenda Malaysia Biru yang membawa aspirasi Malaysia yang berdaulat dan bersatu, inovatif serta berpendapatan tinggi, di samping memastikan rakyat makmur dan saksama serta negara unggul dan disegani dunia.

UiTM Titik Mula Gerakkan Agenda Malaysia Biru

“Saya mahu UiTM menjadi titik mula yang menggerakkan gagasan Agenda Malaysia Biru ini melalui keberanian pemikirannya, kekuatan penyelidikannya dan keupayaan graduannya.

“Ambillah kekuatan generasi kami, pelajarilah kesilapan kami dan pegi lebih jauh. Dari menara gading ini serta kampus-kampus UiTM yang lain, lahirkanlah gagasan dan penyelesaian yang membawa Malaysia menuju 100 tahun dengan lebih kuat, lebih makmur dan lebih sempurna,” katanya lagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RM104,000 Untuk Rakyat Bentong, Sekolah Turut Terbela


Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid berkata Seminar Ilmuwan Islam perlu menjadi wadah memperkukuh tekad membina umat yang mampu memimpin perubahan berteraskan ilmu, akhlak dan amal.

“Penguasaan kecerdasan buatan (AI) serta teknologi baharu perlu dilihat sebagai satu keperluan penting bagi umat Islam pada zaman ini.

“Umat Islam mesti mampu mencipta penyelesaian dan membentuk masa hadapan,” jelasnya.

Tambah beliau, mahasiswa perlu menjadikan ilmu sebagai kekuatan untuk mencipta penyelesaian, manakala kepakaran diterjemahkan melalui khidmat yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.

“Kuasai ilmu. Cipta penyelesaian. Pimpin dengan amanah. Biar ilmu kita mengangkat martabat umat, khidmat kita memperkukuh negara dan manfaatnya melangkaui sempadan bangsa.

“Inilah patriotisme yang berilmu. Inilah kekuatan umat yang akan memimpin perubahan,” ujarnya. – UMNO Online

UiTM Titik Mula Gerakkan Agenda Malaysia Biru


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

BN/UMNO Sudah Susun Gerak Jentera PRN Melaka – Ahmad Zahid

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker