Kita Geng Biru: Pemuda UMNO Siap Siaga ‘Birukan’ Melaka
Kita Geng Biru: Pemuda UMNO Siap Siaga ‘Birukan’ Melaka

MELAKA, 4 Okt – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memperkemaskan persiapan jentera di Melaka bagi memastikan gerak kerja di peringkat akar umbi berada dalam keadaan siap siaga menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tengku Muhammed Hafiz Tengku Adnan berkata, Pemuda UMNO Malaysia bersama kepimpinan Pemuda UMNO Negeri Melaka akan terus memperkukuhkan koordinasi dan gerak kerja bagi menghadapi PRN berkenaan.
Menurutnya, kehadiran pimpinan Pemuda UMNO Malaysia di lapangan membuktikan bahawa jentera anak muda parti bersedia untuk digerakkan pada bila-bila masa bagi membantu memastikan setiap perancangan dan strategi yang diputuskan dapat diterjemahkan kepada gerak kerja di peringkat akar umbi.
“Kita Geng Biru. Bila tiba masanya, kita turun padang. Kita bukan sekadar hadir dalam mesyuarat atau bercakap tentang persiapan, tetapi kita mahu memastikan setiap jentera benar-benar bersedia, tersusun dan bergerak sampai ke akar umbi.”
Katanya, kekuatan Pemuda UMNO terletak pada keupayaan jentera untuk bekerja secara berpasukan, mendekati pengundi dan memahami isu yang menjadi perhatian masyarakat setempat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Krisis Adat Biarlah Diselesaikan Secara Adat…
- Menjelang Belanjawan 2027, Sabah Mahu Angka Diterjemah Kepada Hasil
- Terjemah BN Sayang Rakyat, Pemuda UMNO Masjid Tanah Turun Padang
“Kita mahu setiap anggota Pemuda tahu peranan masing-masing. Jangan tunggu saat akhir. Sekarang adalah masa untuk kita susun kekuatan, kenal pasti keperluan di setiap kawasan dan pastikan jentera sentiasa dalam keadaan siap siaga.”
Terdahulu beliau hadir dalam mesyuarat bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh serta rakan-rakan pimpinan Pemuda UMNO Malaysia dan Pemuda UMNO Negeri Melaka bersempena persiapan menghadapi PRN Melaka.
Tengku Muhammed Hafiz berkata, pendekatan turun padang menjadi budaya utama Pemuda UMNO, khususnya dalam mendekati golongan muda serta masyarakat.
Beliau turut menegaskan bahawa semangat kebersamaan antara Pemuda UMNO Malaysia dan Pemuda UMNO Negeri Melaka terus diperkukuhkan bagi memastikan setiap gerak kerja dapat dilaksanakan secara tersusun dan bersepadu.
“Kita datang sebagai satu pasukan. Pemuda Malaysia, Pemuda Negeri Melaka dan seluruh jentera di bahagian bergerak dalam satu rentak. Kalau kita sudah kata kita Geng Biru, maka biru itu mesti diterjemahkan melalui kerja, disiplin dan kesungguhan kita di lapangan.”

DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Wanita UMNO Pasir Salak Pacu Agenda Malaysia Biru Dari Akar Umbi
- ILMUcode Buka Ruang Mahasiswa Terjemah Idea Kepada Inovasi – Zambry
- PRN Melaka: Jentera BN Asahan Terus Diperkasa, Rapatkan Saf
Beliau juga menyokong kepimpinan Dr Akmal yang sebelum ini menyatakan bahawa Melaka menjadi medan penting untuk menguji keupayaan Pemuda menterjemahkan gerak kerja politik kepada tindakan di lapangan.
Tengku Muhammed Hafiz berkata, Pemuda UMNO akan terus menggerakkan semangat kebersamaan itu sehingga hari pengundian.
“Kita Geng Biru, kita satu pasukan. Dari Melaka sampai ke seluruh jentera, kita akan terus bekerja. Insya-Allah, dengan gerak kerja yang tersusun, semangat yang kuat dan kesatuan jentera, kita siap siaga turun padang untuk memastikan BN dapat mempertahankan Melaka.”
Beliau berkata, fokus utama kini adalah memastikan setiap jentera memahami tanggungjawab masing-masing dan bersedia memberikan komitmen sepenuhnya apabila arahan gerak kerja PRN dikeluarkan. – UMNO Online
Kita Geng Biru: Pemuda UMNO Siap Siaga ‘Birukan’ Melaka
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Koordinasi Gerak Kerja Penerangan BN Penting Hadapi Pilihan Raya
- Penerangan UMNO, BN dan Friends of BN Perkukuh Jaringan Komunikasi
- RM104,000 Untuk Rakyat Bentong, Sekolah Turut Terbela
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Perlu Kuasai Naratif Politik, Yakinkan Masyarakat – Johari
You must be logged in to post a comment.