Keganasan Di Sekolah Salah Siapa? Jangan Tunggu Nyawa Melayang
Keganasan Di Sekolah Salah Siapa? Jangan Tunggu Nyawa Melayang

SEKOLAH sepatutnya menjadi tempat paling selamat selepas rumah.
Namun apabila berlaku kejadian keganasan serius melibatkan pelajar, ibu bapa mula dihantui satu persoalan yang sangat menakutkan:
“Adakah anak saya benar-benar selamat apabila dihantar ke sekolah?”
Kita tidak boleh lagi melihat setiap kejadian sebagai kes terpencil, mengeluarkan kenyataan simpati, kemudian menunggu sehingga berlaku kejadian seterusnya.
Kerajaan perlu bertindak sekarang. Namun masyarakat juga tidak boleh hanya menuding jari kepada pihak lain tanpa mengambil tindakan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Krisis Adat Biarlah Diselesaikan Secara Adat…
- Menjelang Belanjawan 2027, Sabah Mahu Angka Diterjemah Kepada Hasil
- Terjemah BN Sayang Rakyat, Pemuda UMNO Masjid Tanah Turun Padang
Kita tidak boleh asyik menyalahkan kerajaan, menteri atau pihak sekolah. Sedangkan di pihak kita sendiri apabila ada isu disiplin anak sendiri pon masih kita salahkan pihak sekolah
Isu keselamatan anak-anak bukan isu politik yang hanya perlu diperdebatkan antara pembangkang dan kerajaan.
Sama ada kita pembangkang atau kerajaan, keselamatan anak-anak mesti ditangani bersama.
Tidak ada seorang pun menteri yang mahukan kes bunuh atau keganasan berlaku di sekolah. Namun kes seperti ini akan terus berleluasa jika semua pihak hanya menunggu orang lain bertindak.
Ibu bapa, guru, sekolah, kerajaan dan masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing. Kita mesti berani melaporkan tanda-tanda ancaman, buli, ugutan dan perubahan tingkah laku yang membimbangkan. Jangan tunggu sehingga tragedi berlaku baru kita mahu bertanya siapa yang patut dipersalahkan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Wanita UMNO Pasir Salak Pacu Agenda Malaysia Biru Dari Akar Umbi
- ILMUcode Buka Ruang Mahasiswa Terjemah Idea Kepada Inovasi – Zambry
- PRN Melaka: Jentera BN Asahan Terus Diperkasa, Rapatkan Saf
Antara langkah yang perlu diberi perhatian segera yang telah kami bincangkan di dalam RIMBUN 1.0 awal tahun ini iaitu:
1. Kembalikan autoriti disiplin kepada guru, termasuk hukuman merotan secara terkawal.
Guru tidak boleh dibiarkan takut untuk mendisiplinkan pelajar. Hukuman mestilah mengikut prosedur, berasas dan tidak keterlaluan — tetapi sekolah juga tidak boleh kehilangan kuasa untuk membentuk disiplin.
2. Wujudkan Akta Perlindungan Guru dan Murid.
Guru yang bertindak mengikut prosedur mesti diberikan perlindungan sewajarnya. Pada masa yang sama, murid mesti dilindungi daripada sebarang tindakan yang melampaui batas.
Guru dilindungi. Murid juga dilindungi. Sempadan tindakan mesti jelas.
3. Pasang CCTV secara menyeluruh di kawasan strategik sekolah.
Koridor, tangga, pintu masuk, kawasan tersorok dan lokasi berisiko perlu dipantau.
Jangan hanya mencari rakaman selepas tragedi berlaku. Gunakan teknologi untuk mencegah tragedi sebelum ia berlaku.
4. Perketat pemantauan kandungan yang mengagungkan budaya samseng, pergaduhan, buli dan keganasan dalam kalangan pelajar.
Kita tidak boleh memandang ringan kandungan yang menjadikan keganasan seolah-olah sesuatu yang hebat, normal atau boleh ditiru oleh anak-anak.
5. Perkukuhkan sistem pengesanan awal pelajar berisiko.
Guru disiplin, kaunselor dan pentadbir sekolah perlu mempunyai mekanisme yang jelas untuk mengenal pasti ancaman, pergaduhan, buli, ugutan atau perubahan tingkah laku yang membimbangkan sebelum keadaan menjadi lebih buruk.
Pada masa yang sama, ibu bapa juga perlu lebih peka terhadap perubahan emosi dan tingkah laku anak-anak. Jangan menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik dan mengawasi anak kepada sekolah.
Isunya hari ini bukan mencari siapa yang hendak dipersalahkan.
Isunya ialah adakah kita mahu bertindak sebelum berlaku kematian seterusnya, atau hanya bertindak selepas semuanya terlambat?
Nyawa anak-anak bukan bahan eksperimen dasar dan bukan juga isu untuk dijadikan modal politik semata-mata.
Jangan tunggu ada lagi ibu bapa kehilangan anak baru kita mahu berubah.
Sekolah mesti menjadi tempat untuk membina masa depan bukan tempat nyawa dan keselamatan anak-anak dipertaruhkan.
Dr Akmal Saleh
Keganasan Di Sekolah Salah Siapa? Jangan Tunggu Nyawa Melayang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Koordinasi Gerak Kerja Penerangan BN Penting Hadapi Pilihan Raya
- Penerangan UMNO, BN dan Friends of BN Perkukuh Jaringan Komunikasi
- RM104,000 Untuk Rakyat Bentong, Sekolah Turut Terbela
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Perlu Kuasai Naratif Politik, Yakinkan Masyarakat – Johari
You must be logged in to post a comment.