UMNO Perlu Kuasai Naratif Politik, Yakinkan Masyarakat – Johari

UMNO Perlu Kuasai Naratif Politik, Yakinkan Masyarakat – Johari

UMNO Perlu Kuasai Naratif Politik, Yakinkan Masyarakat – Johari

​KUALA LUMPUR, 3 Okt – Jentera penerangan UMNO diingatkan supaya benar-benar menguasai fakta serta bijak mengurus persepsi dan naratif politik negara bagi mengelakkan parti terus menjadi mangsa manipulasi persepsi negatif menjelang pilihan raya.

​Naib Presiden UMNO yang Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan kegagalan mengawal naratif boleh menjejaskan peluang parti, sambil mengimbau pengalaman Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) apabila label seperti “pencuri” dibiarkan menular tanpa pertahanan fakta yang kukuh.

“Dalam politik, dua perkara utama yang mesti dijaga ialah persepsi dan naratif. Kalau kita tidak pandai mengendalikannya, parti yang tidak bersalah pun akan terkesan.

​”Dulu waktu PRU-14, persepsinya mudah iaitu ‘pencuri’. Bila mereka kaitkan dengan pemimpin dan kita tidak ada fakta untuk menjawab secara jelas, kita pula dilabel penakut dan sebagainya. Sebab itu naratif sangat penting dan persepsi juga sangat penting,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi Jelajah Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, di sini malam tadi. Turut serta Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said dan pimpinan UMNO yang lain.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Projek Tenaga Baharu Sabah Mesti Beri Manfaat Kepada Rakyat


​Johari seterusnya memberikan contoh lain termasuklah tohmahan berkaitan amalan “sakau” serta tuduhan kononnya UMNO menderhaka kepada institusi diraja berhubung isu perlembagaan dan pelantikan di Negeri Sembilan.

Beliau menegaskan jentera parti perlu merujuk kepada pakar undang-undang dan memahami punca sebenar sesuatu isu sebelum tampil memberi penjelasan.

​Menurutnya, kekeliruan sering timbul apabila penerangan disampaikan secara tidak tepat atau hanya dipetik sekerat jalan di media sosial.

​”DNA perjuangan UMNO tidak pernah berubah dan termaktub dalam Perlembagaan iaitu mempertahankan Islam, hak Melayu dan Bumiputera, Raja-raja Melayu, Bahasa Melayu, keadilan sosial serta perpaduan seluruh rakyat Malaysia. Kita tidak pernah menderhaka kepada raja atau berkompromi melindungi pesalah undang-undang.

​”Sebab itu jentera penerangan kena faham masalah. Naratif UMNO mesti seragam dan konsisten di seluruh negara. Kalau tak faham 100 peratus, fahamkan sekurang-kurangnya 80 peratus,” tegas beliau.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Hukum Berdasarkan Rakaman Tular, Tunggu Fakta – Armand Azha


​Dalam ucapannya Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa turut menyentuh landskap politik di Wilayah Persekutuan.

​Beliau menjelaskan bahawa demografi bandar mempunyai dinamika berbeza kerana sekitar 50 hingga 60 peratus pengundi berdaftar tinggal di luar kawasan atau berulang-alik, sekali gus menuntut strategi komunikasi yang logik bagi menembusi keyakinan masyarakat pelbagai kaum. – UMNO Online

UMNO Perlu Kuasai Naratif Politik, Yakinkan Masyarakat – Johari


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

RM104,000 Untuk Rakyat Bentong, Sekolah Turut Terbela

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker