Perkukuh Jentera Penerangan BN Dari Pusat Hingga Ke Akar Umbi
Perkukuh Jentera Penerangan BN Dari Pusat Hingga Ke Akar Umbi

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menghargai usaha Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said dalam mengadakan majlis penerangan bersama parti-parti komponen BN dan Friends of BN buat julung kali.
Dr Zambry berharap ia tidak terhad dan terhenti di peringkat pusat sahaja bahkan perlu diperluaskan ke peringkat negeri dan seterusnya ke akar umbi.
“Kita boleh lakukan secara bersama dengan baik di peringkat pusat dan dalam masa yang sama kita perlu wujudkan juga kerjasama dengan negeri-negeri.
“Saya akan maklumkan kepada peringkat negeri selepas ini supaya kerjasama, bengkel seperti ini dapat diadakan. Kerana di peringkat negeri pun ada pasukan dan isu yang tersendiri,” katanya ketika berucap di majlis penerangan itu, di sini, Jumaat petang.
Hadir sama Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang; Timbalan Pengerusi Biro Penerangan MCA Mike Chong Yew Chuan; Ketua Penerangan Pemuda MCA Kebangsaan Neow Choo Seong; Ketua Penerangan MIC Kebangsaan Datuk AK Ramalingam; Biro Media MIC Kebangsaan Datuk L. Siva Subramaniam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Wanita UMNO Pasir Salak Pacu Agenda Malaysia Biru Dari Akar Umbi
- ILMUcode Buka Ruang Mahasiswa Terjemah Idea Kepada Inovasi – Zambry
- PRN Melaka: Jentera BN Asahan Terus Diperkasa, Rapatkan Saf
Turut hadir, Ketua Penerangan PPP Nasional Stephen Asecalin V. Fernandez; Presiden MIUP Tan Sri S. Nalakarupan; Presiden Parti Punjabi Malaysia Datuk Gurjeet Singh Rhandé; Naib Presiden Makkal Sakti Datuk Kugeswaran; Wakil Presiden IPF Mahadevan Ratnam; serta Ketua Penerangan Parti Punjabi Malaysia Pagdeep Singh Dhillon.
Tambah Dr Zambry, walaupun BN mempunyai pasukan Penerangan UMNO yang diketuai Azalina, ia masih tidak mencukupi dan setiap parti komponen perlu memujudkan pasukannya sendiri.
“Kita mesti gerakkan di peringkat Barisan Nasional bagi setiap parti komponen dan Friends of BN sebagai satu pasukan,” katanya.
Tambahnya, ia mampu dilaksanakan kerana setiap parti komponen mempunyai jawatankuasanya termasuk Ketua Penerangan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Janji Politik PH Dipersoal, Anthony Loke Tak Jadi Letak Jawatan?
- Majlis Ulama UMNO Gesa Tindakan Tegas Terhadap Ajaran New Age Movement
- Belanjawan 2027: Empat Tuntutan Utama Rakyat Labuan
Jangan Hukum Berdasarkan Rakaman Tular, Tunggu Fakta – Armand Azha
Selanjutnya ujar Dr Zambry, kempen pilihan raya sekarang jauh berbeza berbanding secara konvensional kerana lebih dikuasai media sosial.
“Paling mustahak ialah bagaimana kita dapat lawan dalam semua media sosial yang ada ini. Siapa yang menguasai, itulah orang yang akan berjaya.
“Kalau kita lihat kejayaan di Johor dan di Negeri Sembilan, (kita menang) sebab kita begitu aktif, koordinasi yang bagus serta serangan yang dilemparkan dapat kita lawan,” katanya. – UMNO ONLINE
Perkukuh Jentera Penerangan BN Dari Pusat Hingga Ke Akar Umbi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Krisis Adat Biarlah Diselesaikan Secara Adat…
- Menjelang Belanjawan 2027, Sabah Mahu Angka Diterjemah Kepada Hasil
- Terjemah BN Sayang Rakyat, Pemuda UMNO Masjid Tanah Turun Padang
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.