Wanita UMNO Pasir Salak Pacu Agenda Malaysia Biru Dari Akar Umbi
Wanita UMNO Pasir Salak Pacu Agenda Malaysia Biru Dari Akar Umbi

PASIR SALAK, 2 Okt – Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak memperkemas dan memperkukuh gerak kerja akar umbi bagi memastikan Agenda Malaysia Biru bukan sekadar gagasan kepimpinan, sebaliknya diterjemahkan kepada tindakan yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.
Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak, Datin Sri Rahayu Tajuddin berkata, kekuatan UMNO terletak pada keupayaan jentera parti untuk membawa agenda perjuangan sehingga ke peringkat masyarakat dan keluarga.
Katanya, Wanita UMNO sentiasa praktikal dan agresif dalam mendekati rakyat, memahami keperluan mereka serta menyampaikan mesej dan hala tuju Agenda Malaysia Biru secara jelas.
“Agenda Malaysia Biru mesti dibawa turun ke akar umbi. Kita tidak mahu ia hanya menjadi satu gagasan yang dibincangkan di peringkat atas, tetapi rakyat perlu memahami bagaimana agenda ini memberi kesan kepada kehidupan mereka.
Bercakap dalam Majlis Perasmian Penutup Ngajithon di SK Permatang, Sungai Manik, Sri Rahayu menegaskan bahawa untuk kita mengubah landskap negara, salah satu aspek yang sangat penting ialah pendidikan anak anak. Pendidikan perlu diberi tumpuan yang mendalam. Bak kata pepatah ‘meluntur buluh biar dari rebungnya’.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jafry Ariffin Kenang Pengalaman Budaya Sabah Dipersembahkan Di China
- ‘Pilih Tren Elak Trafik, Sekali Tambang Naik’ – Suraya
- Sorok, Sembunyi Dan Nafikan… PKR Ulang Modus Operandi Lama?

“Wanita UMNO akan terus bergerak, turun padang dan bersama masyarakat bagi memastikan setiap ikhtiar yang digariskan dapat diterjemahkan melalui kerja yang nyata,” katanya.
Menurut beliau, lapan ikhtiar Agenda Malaysia Biru yang menekankan Malaysia sebagai Negara Pencipta, Negara Berkemahiran, Negara Pemilik, Negara Sejahtera, Negara Berdaya Tahan, Negara Peduli, Negara Beramanah dan Negara Berdaulat perlu menjadi panduan dalam masyarakat khususnya memperkukuh gerak kerja Wanita UMNO.
Sri Rahayu berkata, pendekatan itu akan diterapkan melalui program yang menyentuh secara langsung kepentingan wanita, keluarga, pendidikan, kemahiran, ekonomi serta kebajikan masyarakat.
“Kita mahu Wanita UMNO bukan sahaja menjadi jambatan yang menghubungkan dasar dengan rakyat tetapi pemacu kepada perubahan itu. Apa yang dirancang di peringkat kepimpinan mesti sampai kepada masyarakat dan dapat dirasai manfaatnya,” katanya.

Tegasnya, gerak kerja tersebut juga penting bagi memperkukuh keyakinan rakyat terhadap peranan UMNO sebagai parti yang sentiasa mendengar denyut nadi masyarakat serta mempunyai jaringan akar umbi yang kukuh.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Polemik Datang Dan Pergi, Amanah Rakyat Tetap Diteruskan – Mohd Zaidy
- Semarak Agenda Malaysia Biru, UMNO Pendang Perkasa Gerak Kerja
- Kerajaan Johor Terus Perkukuh Ekosistem Pendidikan, Berdaya Saing
“Inilah semangat perjuangan kita bawa dalam menerapkan Agenda Malaysia Biru di Pasir Salak.
“Agenda ini mesti menjadi agenda bersama. Dari pimpinan seluruh peringkat kepada akar umbi, daripada akar umbi kepada keluarga dan daripada keluarga kepada masyarakat.” katanya lagi. – UMNO Online
Wanita UMNO Pasir Salak Pacu Agenda Malaysia Biru Dari Akar Umbi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Janji Politik PH Dipersoal, Anthony Loke Tak Jadi Letak Jawatan?
- Majlis Ulama UMNO Gesa Tindakan Tegas Terhadap Ajaran New Age Movement
- Belanjawan 2027: Empat Tuntutan Utama Rakyat Labuan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Hukum Berdasarkan Rakaman Tular, Tunggu Fakta – Armand Azha
You must be logged in to post a comment.