Hak Undang Yang Empat Tidak Boleh Dipertikaikan – Pengkaji Adat Perpatih
Hak Undang Yang Empat Tidak Boleh Dipertikaikan – Pengkaji Adat Perpatih

KUALA PILAH, 5 Okt – Hak Undang Yang Empat dalam melantik dan menurunkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tidak boleh dipertikaikan, kata Pengkaji Adat Perpatih dan Minangkabau, Drs Shamsuddin Ahmad.
Ujarnya, yang membezakan pentadbiran adat di Negeri Sembilan dengan Adat Minangkabau ialah persempadanan adat mengikut luak (kawasan), bukannya daerah dan kawasan wakil rakyat.
“Perbezaan Adat Perpatih dengan Adat Minangkabau adalah persempadanan adat. Kalau pentadbiran moden di Negeri Sembilan, persempadanan adalah mengikut daerah dan kawasan wakil rakyat.
“Kalau persempadanan Adat Perpatih ia adalah mengikut luak. Kalau di Negeri Sembilan, ketua negeri ini adalah Menteri Besar. Kalau dalam pentadbiran adat Negeri Sembilan, ketua adatnya ialah Undang Yang Empat dan penghulu-penghulu.
“Persempadanan adat di Negeri Sembilan ini ada 16 luak. Ada empat luak berundang iaitu Luak Sungai Ujong, Luak Jelebu, Luak Johol dan Luak Rembau. Mereka ini ditadbir oleh Undang Yang Empat. Kemudian, Tunku Besar Tampin pula merupakan ketua pentadbiran adat di Wilayah Tampin,” katanya kepada UMNO Online.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keganasan Di Sekolah Salah Siapa? Jangan Tunggu Nyawa Melayang
- Kita Geng Biru: Pemuda UMNO Siap Siaga ‘Birukan’ Melaka
- Rapatkan Saf, Perkukuh Bagan Datuk
Tambahnya, kepimpinan moden dan tradisi di Negeri Sembilan mesti bergerak seiring untuk memastikan kelancaran pentadbiran.
“Kita juga ada lima luak di bawah Luak Tanah Mengandung yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Ia merangkumi Luak Ulu Muar, Luak Jempol, Luak Inas, Luak Gunung Pasir dan Luak Terachi.
“Konsep kita di Negeri Sembilan ini adalah kepimpinan moden dan tradisi. Kepimpinan moden dalam istilah ‘bersama maka menjadi’. Kedua-dua (pentadbiran adat dan kepimpinan moden) ini mesti bersama,” katanya lagi.
Di samping itu, beliau menegaskan bahawa ‘ibu’ kepada Adat Perpatih ialah Undang Yang Empat yang berkuasa untuk melantik ataupun menurunkan Yang di-Pertuan Besar.

“Di pentadbiran tradisi, simbol Negeri Sembilan ialah Yamtuan Besar Negeri Sembilan. Di Seri Menanti, Yamtuan Seri Menanti sahaja yang berkuasa. Siapa yang memilih Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ini? Undang Yang Empat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Koordinasi Gerak Kerja Penerangan BN Penting Hadapi Pilihan Raya
- Penerangan UMNO, BN dan Friends of BN Perkukuh Jaringan Komunikasi
- RM104,000 Untuk Rakyat Bentong, Sekolah Turut Terbela
UMNO Perlu Kuasai Naratif Politik, Yakinkan Masyarakat – Johari
“Dalam Adat Perpatih, ‘ibu’ adat ialah Undang. Penghulu dan Undang berkuasa di Luak mereka. Merekalah yang memilih Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di kalangan Putera Yang Empat.
“Di Negeri Sembilan ini, Putera Yang Empat adalah Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Muda Serting, Tunku Laksamana dan Tunku Panglima Besar. Itu hak Undang Yang Empat yang memilih,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa proses untuk memilih, melantik dan menurunkan Yang di-Pertuan Besar mempunyai aturannya yang tersendiri serta tidak boleh dipertikaikan.
“Yang di-Pertuan Besar dipilih mengikut rekod prestasi. Ada aturannya tersendiri dan ia tidak boleh dipertikaikan. Mereka boleh pecat dan lantik… tetapi dalam sejarah kita, ayat harmoninya ialah ‘raja mangkat, raja menanam’.
“Maksudnya apabila raja meninggal dunia, Undang Yang Empat memilih, raja yang baharu menitahkan ‘silakan tanam raja yang dah mangkat ini’,” katanya lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Krisis Adat Biarlah Diselesaikan Secara Adat…
- Menjelang Belanjawan 2027, Sabah Mahu Angka Diterjemah Kepada Hasil
- Terjemah BN Sayang Rakyat, Pemuda UMNO Masjid Tanah Turun Padang
Untuk rekod, Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin pada 19 April 2026 telah mengisytiharkan pelucutan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan susulan krisis perlembagaan dan pentadbiran adat.
Keputusan tersebut dibuat kerana Tuanku Muhriz telah didakwa melanggar adat dan perjanjian adat di samping mencampuri urusan pentadbiran adat serta Fasal dalam Perjanjian 1898 berkaitan luak-luak tertentu.
Krisis tersebut berlarutan apabila bekas Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun bertindak untuk tidak menandatangani proklamasi penurunan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir atas arahan Undang Yang Empat.
Keingkaran tersebut telah menyebabkan Undang Yang Empat bersabda menyatakan Aminuddin tidak lagi layak memegang jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan sehingga tercetusnya pembubaran Dewan Undangan Negeri dan Pilihan Raya Negeri. – UMNO Online
Oleh: Nuralyaa Izzati Azman
Hak Undang Yang Empat Tidak Boleh Dipertikaikan – Pengkaji Adat Perpatih
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UiTM Titik Mula Gerakkan Agenda Malaysia Biru
- Perkhidmatan Parlimen: Memanfaatkan Kebebasan Parlimen Demi Rakyat
- Identiti, Warisan Melayu/Islam Perlu Ada Kesinambungan – Dusuki Ahmad
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Agong Perkenan Tujuh Akta Diluluskan Pada Sidang Parlimen Lepas
You must be logged in to post a comment.