Identiti, Warisan Melayu/Islam Perlu Ada Kesinambungan – Dusuki Ahmad

Identiti, Warisan Melayu/Islam Perlu Ada Kesinambungan – Dusuki Ahmad

Identiti, Warisan Melayu/Islam Perlu Ada Kesinambungan – Dusuki Ahmad

SHAH ALAM, 5 Okt – Identiti bangsa Melayu yang berteraskan agama Islam berisiko hilang sekiranya generasi hari ini gagal mewariskan budaya, tamadun serta pegangan agama kepada generasi seterusnya, tegas Pengerusi Yayasan Ilmuwan Islam Malaysia, Datuk Dusuki Ahmad.

Beliau berkata, kelangsungan bangsa Melayu tidak boleh hanya diukur berdasarkan pertambahan zuriat, sebaliknya bergantung kepada keupayaan memastikan anak cucu terus mengenali jati diri, mempertahankan warisan bangsa serta berpegang teguh kepada ajaran Islam.

“Tidak mustahil suatu hari nanti keturunan Melayu masih wujud dari sudut darah dan susur galur, namun identiti Melayu dan penghayatan Islam sudah tidak lagi menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka.

“Jika anak-anak dan keturunan selepasnya tidak lagi mengaku sebagai Melayu, tidak lagi berpegang kepada ajaran Islam, sebaliknya dipengaruhi anasir serta ajaran luar, maka ketika itu Melayu tidak ada lagi di bumi ini.

“Keturunan masih ada, cucu cicit masih ada, tetapi mereka sudah tidak dikenali sebagai Melayu lagi,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Perlu Kuasai Naratif Politik, Yakinkan Masyarakat – Johari

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada satu program anjuran Yayasan Ilmuwan Islam Malaysia, Semarak Patriotisme: Seminar Ilmuwan Islam di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM, Shah Alam, Ahad.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr Ahmad Maslan; Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Naib Canselor UiTM Datuk Ts Dr Shahrin Sahib; Timbalan Naib Canselor Prof Dr Mohd Sazli Sahibi serta peserta-peserta seminar.

Mengulas lanjut, Dusuki menegaskan bahawa setiap pemimpin memikul amanah besar untuk memperkukuh warisan bangsa, budaya dan tamadun, selain memastikan nilai-nilai tersebut dapat dipindahkan kepada generasi mendatang dengan penuh keberanian dan tanggungjawab.

Identiti, Warisan Melayu/Islam Perlu Ada Kesinambungan – Dusuki Ahmad

“Generasi terdahulu berjaya mewariskan nilai dan tradisi yang mulia sehingga membentuk identiti masyarakat hari ini, justeru tanggungjawab sama perlu diteruskan dalam menghadapi cabaran zaman yang semakin kompleks.

“Dunia sudah menjadi kecil. Alat-alat komunikasi pandang dengar telah menguasai hidup kita. Budaya sosial pula bercampur aduk sehingga sukar bagi kita membuat penentuan antara nilai yang baik dengan yang buruk.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RM104,000 Untuk Rakyat Bentong, Sekolah Turut Terbela


“Justeru, warisan yang mulia ini perlu diperkukuh dan diwariskan kepada generasi selepas kita dengan penuh amanah,” katanya.

Seterusnya kata beliau, dengan kesedaran terhadap cabaran tersebut Yayasan Ilmuwan Islam Malaysia bersama rakan penganjur untuk mengusahakan program berkenaan sebagai wadah memperkukuh kefahaman, kesedaran dan tanggungjawab dalam memelihara warisan bangsa serta agama. – UMNO Online

Identiti, Warisan Melayu/Islam Perlu Ada Kesinambungan – Dusuki Ahmad


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

BN/UMNO Sudah Susun Gerak Jentera PRN Melaka – Ahmad Zahid

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker