KUSKOP Perkukuh Daya Saing PMKS Tembusi Pasaran Global – Mohamad Alamin
KUSKOP Perkukuh Daya Saing PMKS Tembusi Pasaran Global – Mohamad Alamin

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) terus memperkukuh daya saing Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan bagi memastikan sektor berkenaan mempunyai ruang yang adil untuk berkembang, termasuk dalam menghadapi persaingan daripada perniagaan milik asing.
Timbalannya, Datuk Mohamad Alamin berkata, KUSKOP sentiasa memantau cabaran yang boleh mempengaruhi daya saing PMKS, selain melaksanakan pelbagai intervensi bagi meningkatkan keupayaan dan kebolehpasaran usahawan tempatan.
Katanya, antara tumpuan utama kementerian adalah memperluas akses PMKS kepada pasaran digital dan antarabangsa menerusi kerjasama dengan platform e-dagang global.
“Susulan lawatan Menteri bersama delegasi Kementerian ke Alibaba Centre, Guangzhou pada 3 September 2026, antara kerjasama yang sedang diteroka termasuk program rintis bagi membawa PMKS Malaysia berpotensi tinggi ke platform Tmall dan Taobao untuk pasaran China serta memanfaatkan platform seperti Daraz bagi pasaran Asia Selatan.
“SME Corp. juga dijadualkan memeterai Memorandum Persefahaman dengan Lazada Malaysia pada 15 Oktober 2026 sempena Persidangan E50 bagi memperluas lagi capaian pasaran digital PMKS tempatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hak Undang Yang Empat Tidak Boleh Dipertikaikan – Pengkaji Adat Perpatih
- Ilmu Membentuk Akhlak, Adab Dan Jati Diri Mahasiswa – Dr Zambry
“Bagi memperluas akses pasaran di peringkat global pada tahun 2026 ini, SME Corp. melalui PKS@Akses telah meluluskan RM2.5 juta kepada 8 PMKS, manakala SME Bank melalui Business Export Programme (BEP) 3.0 menyediakan RM2.3 juta yang telah memanfaatkan 18 syarikat bagi meningkatkan kebolehpasaran dan menembusi pasaran global,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab persoalan dari Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lui yang meminta Menteri menyatakan sejauh mana perniagaan milik asing menjejaskan daya saing PMKS tempatan serta langkah Kerajaan menjamin persaingan adil dan mengutamakan PMKS dalam akses premis, pembiayaan, perolehan, pelesenan dan pasaran.
Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menjelaskan KUSKOP turut melaksanakan Program Pengantarabangsaan Usahawan Halal dengan peruntukan RM6 juta yang memberi manfaat kepada seramai 200 usahawan.
“KUSKOP juga terus memperkukuh daya saing PMKS melalui intervensi menyeluruh merangkumi akses premis, pembiayaan, pembangunan vendor dan pelesenan. Antaranya, UDA Holdings Berhad melaksanakan Malaysian Entrepreneur Hub (MEH) dengan peruntukan RM18.5 juta dan pembangunan 200 tapak Tamu Desa di Sabah dan Sarawak sejak 2024.
“Sehingga Ogos 2026 juga, hampir RM10 bilion pembiayaan juga telah disalurkan kepada sekitar 270,000 usahawan, di samping peruntukan RM11.5 juta bagi pembangunan vendor,” katanya lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UiTM Titik Mula Gerakkan Agenda Malaysia Biru
- Perkhidmatan Parlimen: Memanfaatkan Kebebasan Parlimen Demi Rakyat
- Identiti, Warisan Melayu/Islam Perlu Ada Kesinambungan – Dusuki Ahmad
Agong Perkenan Tujuh Akta Diluluskan Pada Sidang Parlimen Lepas
Tambah Ahli Parlimen Kimanis lagi, aspek pemudahcaraan perniagaan pula turut diberi perhatian menerusi sistem Business Licensing Electronic Support System (BLESS) yang menyediakan 45 jenis lesen secara dalam talian bagi memudah dan mempercepat urusan pelesenan. – UMNO Online
KUSKOP Perkukuh Daya Saing PMKS Tembusi Pasaran Global – Mohamad Alamin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Terus Dominasi Industri Asas Tani Negara, Catat Jualan RM517 Juta
- Mahasiswa Perlu Perkasa Ilmu Dan Kemahiran – Ahmad Maslan
- Isu RM314 Juta MYEG/Zetrix: Timbul Teka-teki… Kenapa Didiamkan Sebelum Ini?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Biodiesel B15 Langkah Strategik Kurangkan Diesel Petroleum – Noraini
You must be logged in to post a comment.