Karnival Liga Takraw Nasional Mekdi meriah di Seremban 2 Sabtu lalu
Karnival Liga Takraw Nasional Mekdi meriah di Seremban 2 Sabtu lalu

Seremban: Bukan sekadar datang menikmati hidangan, pengunjung McDonald’s Pandu-Lalu Seremban 2 turut berpeluang menguji kemahiran, bergembira dengan pelbagai permainan dan paling istimewa, berdepan sendiri dengan bintang sepak takraw negara pada Karnival Liga Takraw Nasional Mekdi 2026, Sabtu lalu.
Pelbagai aktiviti disediakan sepanjang karnival berkenaan termasuk permainan sepak bulu ayam (Cap Teh), permainan karnival serta Slide & Score Game – Slide & Menang.
Kanak-kanak pula tidak ketinggalan apabila berpeluang menyertai aktiviti lukisan muka dan pertandingan mewarna yang dibuka kepada peserta berusia empat hingga 12 tahun.
Lebih menarik, pihak McDonald’s turut mengambil inisiatif menghargai orang ramai yang hadir dengan mengagihkan 500 bungkus hidangan percuma kepada pengunjung,

Acara kemuncak karnival menyaksikan sesi mengenali pemain sepak takraw negara yang menampilkan Hafizul Hayazi Adnan yang baharu sahaja membantu negara memenangi pingat emas acara regu berpasukan di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hak Undang Yang Empat Tidak Boleh Dipertikaikan – Pengkaji Adat Perpatih
- Ilmu Membentuk Akhlak, Adab Dan Jati Diri Mahasiswa – Dr Zambry
Sesi itu turut disertai tekong muda negara, Muhammad Fahmi Khalid@Azman serta penyampai Hot FM, Muhammad Azmeer Selamat (AG) dan Fizi Ali.
Pengunjung berpeluang berinteraksi secara langsung dengan pemain negara menerusi beberapa aktiviti termasuk mempelajari teknik kawalan serta timang bola.
Malah, kedua-dua pemain terbabit tidak lokek berkongsi pengalaman, memberikan nasihat serta panduan kepada mereka yang berminat untuk bermain sepak takraw.
Kemeriahan karnival kemudian diserikan lagi dengan peluang orang ramai bergambar bersama atlet negara dan penyampai Hot FM, sekali gus menjadikan acara itu bukan sekadar hiburan, tetapi pengalaman lebih dekat dengan dunia sepak takraw.
Karnival Liga Takraw Nasional Mekdi meriah di Seremban 2 Sabtu lalu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Terus Dominasi Industri Asas Tani Negara, Catat Jualan RM517 Juta
- Mahasiswa Perlu Perkasa Ilmu Dan Kemahiran – Ahmad Maslan
- Isu RM314 Juta MYEG/Zetrix: Timbul Teka-teki… Kenapa Didiamkan Sebelum Ini?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Biodiesel B15 Langkah Strategik Kurangkan Diesel Petroleum – Noraini
You must be logged in to post a comment.