Tragedi Pelajar Yong Peng, Remaja Perlu Bimbingan Berterusan – Dr Masliha

Tragedi Pelajar Yong Peng, Remaja Perlu Bimbingan Berterusan – Dr Masliha

Tragedi Pelajar Yong Peng, Remaja Perlu Bimbingan Berterusan – Dr Masliha

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Pengerusi Sekretariat Wanita Profesional (SWP), Dr Masliha Harun meluahkan rasa pilu terhadap kejadian pembunuhan seorang pelajar sekolah di Yong Peng, Johor, yang disifatkannya sebagai tragedi amat menyedihkan dan wajar menjadi peringatan bersama.

Beliau yang juga Exco Wanita UMNO berkata, usia remaja merupakan fasa kehidupan yang penuh cabaran apabila golongan itu masih membentuk identiti, selain berdepan perubahan emosi yang memerlukan perhatian serta bimbingan berterusan.

“Usia remaja adalah fasa yang sangat mencabar. Emosi mereka masih belum stabil dan sedang mencari identiti. Pada saat inilah mereka sangat memerlukan perhatian, pemantauan serta bimbingan yang dekat dan berterusan daripada ibu bapa, guru dan seluruh komuniti.

“Lebih menyedihkan apabila anak-anak yang terlibat adalah anak-anak yang terpelajar, namun terjerat dalam emosi yang begitu dahsyat,” katanya.

Mengulas lanjut kata Dr Masliha, masyarakat juga perlu berhati-hati dalam membuat sebarang kesimpulan berhubung punca kejadian dan tidak terburu-buru meletakkan kesalahan terhadap ibu bapa atau guru sebelum siasatan lengkap dijalankan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Biodiesel B15 Langkah Strategik Kurangkan Diesel Petroleum – Noraini


“Kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan juga tidak wajar terburu-buru menyalahkan ibu bapa atau guru.

“Tambahan pula, dikatakan pelaku juga merupakan anak kepada seorang guru dan merupakan antara anak harapan sekolah. Jadi, apa yang sebenarnya berlaku… tidak semestinya segala-galanya berpunca daripada didikan ibu bapa semata-mata,” katanya lagi.

Seterusnya kata Dr Masliha, sudah pasti kejadian seumpama itu menimbulkan kerisauan dalam kalangan ibu bapa yang mengharapkan anak-anak mereka berada dalam persekitaran sekolah yang selamat.

Tragedi Pelajar Yong Peng, Remaja Perlu Bimbingan Berterusan – Dr Masliha

“Semakin banyak kes seperti ini berlaku, semakin risau sebagai ibu bapa. Kita bukan sekadar mahu mencari siapa yang salah, tetapi perlu melihat apa yang boleh diperbaiki agar perkara sebegini tidak berulang.

“Saya berharap selepas ini peranan dan kuasa guru disiplin dapat diperkasakan, dengan garis panduan serta ‘rules enforcement’ yang jelas. Dengan pendekatan itu, sebarang tanda-tanda masalah disiplin, buli atau konflik emosi dapat dikenal pasti dan ditangani lebih awal,” jelasnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jati Diri Melayu, Kekuatan Islam Teras Kelangsungan Negara


Beliau berharap tragedi yang berlaku dapat menjadi iktibar bersama agar langkah lebih berkesan dapat diambil bagi memastikan keselamatan serta kebajikan pelajar sentiasa menjadi keutamaan.

“Semoga kita semua mengambil iktibar daripada apa yang berlaku.

“Kita doakan semoga arwah adik Sofiya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan semoga tiada lagi keluarga yang perlu melalui dugaan seperti ini,”ujarnya. – UMNO Online

Tragedi Pelajar Yong Peng, Remaja Perlu Bimbingan Berterusan – Dr Masliha


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kita Geng Biru: Turun Padang, Kukuhkan Gerak Kerja Akar Umbi

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker