Pemuda UMNO Perkemas Gerak Kerja Hadapi PRN Melaka
Pemuda UMNO Perkemas Gerak Kerja Hadapi PRN Melaka

AYER KEROH, 6 Okt – Persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kini diperkemas menerusi sesi libat urus bersama kepimpinan Pemuda UMNO di seluruh enam bahagian negeri itu.
Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin, berkata sesi libat urus berkenaan memberi tumpuan kepada persiapan operasi pilihan raya selain melihat secara langsung perkembangan gerak kerja Pemuda di peringkat bahagian dan akar umbi.
“Alhamdulillah, selesai berkampung bagi sesi libat urus persiapan Operasi Pilihan Raya Negeri Melaka di seluruh enam bahagian.
“Persiapan sedang berjalan dan penglibatan kepimpinan Pemuda di semua peringkat juga cukup baik,” katanya kepada UMNO Online.
Hafiz turut merakamkan penghargaan kepada barisan kepimpinan Pemuda UMNO di keenam-enam bahagian atas kerjasama, perkongsian serta komitmen yang diberikan sepanjang sesi berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bentuk Akhlak Anak Tanggungjawab Bersama – Hasrunizah Hassan
- Penyatuan Ummah Bukan Kerana Takut Hilang Kuasa – Hasnal Rezua
- KUSKOP Perkukuh Daya Saing PMKS Tembusi Pasaran Global – Mohamad Alamin
Kita Geng Biru: Turun Padang, Kukuhkan Gerak Kerja Akar Umbi
Katanya, hasil tinjauan di lapangan turut memperlihatkan gerak kerja yang sedang dilaksanakan secara tersusun, selain komitmen anggota Pemuda dalam membuat persiapan menghadapi pilihan raya.

“Yang paling memberi keyakinan adalah apa yang saya lihat sendiri di lapangan, gerak kerja yang tersusun, usaha yang luar biasa dan semangat rakan-rakan yang tidak luntur.
“Terima kasih atas kerjasama yang cukup baik, segala perkongsian dan komitmen yang diberikan. Insya-Allah, kita jumpa lagi di lapangan,” katanya.
Beliau berkata, gerak kerja di semua peringkat akan terus diperkukuh bagi memastikan persiapan Pemuda UMNO menjelang PRN Melaka dapat dilaksanakan dengan teratur.
Hafiz turut menyeru seluruh kepimpinan dan anggota Pemuda untuk terus memberikan komitmen terhadap gerak kerja di lapangan. – UMNO Online
Pemuda UMNO Perkemas Gerak Kerja Hadapi PRN Melaka
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Sayang Rakyat, Ab Rauf Bersama Warga Paya Rumput
- Rumah Mampu Milik Johor: Rakyat Mampu Memiliki, Bukan Sekadar Dibina
- Tuntut SOP Terperinci, Lindungi Hak Atlet – Suhaimi Nasir
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Pelajar Yong Peng, Remaja Perlu Bimbingan Berterusan – Dr Masliha
You must be logged in to post a comment.