Kepentingan Rakyat, Masa Depan Negeri Sembilan Jadi Keutamaan – Ismail Lasim
Kepentingan Rakyat, Masa Depan Negeri Sembilan Jadi Keutamaan – Ismail Lasim

SEREMBAN, 9 Okt – Kepentingan rakyat dan masa depan Negeri Sembilan perlu terus menjadi keutamaan dalam mendepani apa jua cabaran, kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim.
Beliau berkata, setiap kepimpinan di peringkat akar umbi, khususnya Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), perlu memainkan peranan penting dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela serta setiap permasalahan masyarakat mendapat perhatian sewajarnya.
“Dalam apa jua cabaran yang kita hadapi, keutamaan kita mesti kekal pada kepentingan rakyat dan masa depan Negeri Sembilan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya selepas menyempurnakan Majlis Amanat dan Penyampaian Watikah Pelantikan JPKK Negeri Sembilan bagi Penggal 2026–2028 di sini, semalam
Beliau berkata, kepimpinan JPKK bukan sekadar memegang jawatan, sebaliknya memikul amanah besar untuk menjadi penghubung antara kerajaan dengan masyarakat di peringkat kampung.
Menurutnya, setiap pengerusi dan setiausaha JPKK perlu sentiasa mendekati masyarakat, mendengar suara rakyat serta memahami keperluan dan permasalahan yang dihadapi penduduk setempat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KPT Sasarkan 80 Peratus Kursus Ijazah Sarjana Muda Integrasi Elemen AI
- Agenda Malaysia Biru Buka Lebih Banyak Ruang Kepada Generasi Muda – Rizam Ismail
- Agenda Malaysia Biru: GST Wajar Dikembalikan Jika BN Diberi Mandat – Wee Ka Siong
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
“Saya mahu setiap kepimpinan JPKK menjadi mata dan telinga Kerajaan Negeri yang sentiasa mendekati masyarakat, mendengar suara rakyat serta memahami keperluan dan permasalahan di setiap kampung.
“Turunlah padang, dengarlah suara masyarakat dan jadilah jambatan yang menghubungkan rakyat dengan kerajaan,” katanya.

Ismail berkata, peranan itu amat penting bagi memastikan dasar dan inisiatif kerajaan dapat disampaikan kepada rakyat dengan berkesan, selain membolehkan isu di peringkat kampung dikenal pasti dan ditangani mengikut keperluan.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pengerusi dan setiausaha JPKK yang menerima kepercayaan untuk menjalankan tanggungjawab bagi penggal baharu itu, melibatkan 440 kampung di seluruh Negeri Sembilan.
Katanya, semua kepimpinan JPKK diharap dapat melaksanakan amanah dengan penuh integriti, kesungguhan dan semangat kebersamaan demi memperkukuh perpaduan serta kesejahteraan masyarakat.
“Marilah kita terus berganding bahu memperkukuh perpaduan serta memastikan Negeri Sembilan kekal Stabil, Maju dan Makmur demi kesejahteraan seluruh rakyat,” katanya lagi. – UMNO Online
Kepentingan Rakyat, Masa Depan Negeri Sembilan Jadi Keutamaan – Ismail Lasim
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- RUU Makanan 2026: Perlu Tegas, Adil, Tidak Bebankan Peniaga Mikro – Manndzri
- Pembangunan Kulai Mesti Beri Manfaat Pada Rakyat
- ‘Good Old Days’ Tidak Memadai, BN Perlu Tunjuk Apa Selepas Ini – Khairy
You must be logged in to post a comment.