Aaron-Roy King mara final Terbuka Artik

Aaron-Roy King mara final Terbuka Artik

Aaron-Roy King mara final Terbuka Artik
ROY King (kiri) dan Aaron semakin hampir muncul juara. FOTO AIZUDDIN SAAD

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Aaron Tai-Yap Roy King mara ke final Terbuka Artik selepas menewaskan gandingan Denmark, Christian Faust Kjaer-Rasmus Kjaer 21-14, 21-16 dalam aksi separuh akhir di Vantaa Energia Areena, Finland, sebentar tadi.

Aaron-Roy King yang kali pertama bergandingan di kejohanan ini tidak berdepan masalah menumpaskan pasangan 32 dunia itu dalam tempoh 37 minit.

Menanti mereka di perlawanan akhir kejohanan berstatus Super500 itu ialah pemenang di antara Lai Po Yu-Tsai Fu Cheng (Taiwan) dan Julien Maio-William Villeger (Perancis).

Mereka menjadi wakil tunggal negara di pentas final selepas perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia kalah kepada pilihan keempat dari Denmark, Anders Antonsen 11-21, 21-15, 16-21 sebelum itu.

Kali terakhir beregu lelaki negara muncul juara di Terbuka Artik ialah melalui gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani pada 2024.

Aaron-Roy King mara final Terbuka Artik


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jelajah Mega Penerangan UMNO Bergerak Seiring Perkembangan Teknologi Maklumat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker