Bajet 2027: Merancakkan Ekonomi, Bukan Sekadar Gula-gula
Bajet 2027: Merancakkan Ekonomi, Bukan Sekadar Gula-gula

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Kerajaan perlu mengimbangi usaha berjimat cermat dengan perbelanjaan yang mampu merancakkan ekonomi negara, sekali gus memastikan peluang perniagaan dan pekerjaan terus berkembang menerusi Bajet 2027.
Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin, berkata langkah penjimatan sememangnya penting, namun pelaksanaannya perlu mengambil kira kesan terhadap peniaga kecil, vendor dan pembekal tempatan.
Menurut beliau, pengurangan perbelanjaan bagi penganjuran Majlis Hari Raya jabatan-jabatan kerajaan sebelum ini, misalnya, boleh memberi kesan kepada vendor katering, pembekal makanan serta peniaga kecil yang bergantung kepada tempahan berkenaan.
Katanya, apabila projek-projek berskala kecil diperlahankan atau dikurangkan, peluang golongan berkenaan untuk menjana pendapatan juga berkemungkinan terjejas.
“Kerajaan bukan sahaja perlu pandai berjimat, tetapi juga bijak berbelanja supaya ekonomi terus bergerak, perniagaan berkembang dan lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan,” katanya dalam satu pandangan mengenai hala tuju Bajet 2027.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Sabah Komited Bantu Jentera BN di Telok Emas, Duyong
- Kota Tinggi Terus Dibangunkan, 18 Projek Setempat Diluluskan
- Pelaksanaan Belanjawan Perlu Beri Manfaat Nyata – Syauqi
Beliau berpandangan, perbelanjaan kerajaan mempunyai peranan dalam merangsang aktiviti ekonomi, khususnya bagi perniagaan kecil yang bergantung kepada permintaan dan kontrak tempatan.

Bagaimanapun, Tengku Azman menegaskan bahawa kepentingan menjaga hasil negara dan mengawal hutang kerajaan tidak boleh diketepikan.
Menurutnya, pendekatan yang diambil perlu memastikan disiplin fiskal terus dipelihara tanpa mengabaikan keperluan rakyat untuk mencari rezeki dan meneruskan kelangsungan perniagaan.
Beliau turut mengingatkan bahawa keadaan negara yang kelihatan makmur tidak semestinya menggambarkan realiti kehidupan semua rakyat, terutama mereka yang berdepan kesukaran mendapatkan pendapatan.
“Bajet yang baik bukan sekadar sedap didengar ketika diumumkan, tetapi mesti dirasai manfaatnya dalam kehidupan rakyat,” katanya.
Justeru, beliau berharap Bajet 2027 memberi perhatian kepada keseimbangan antara penjimatan, pembangunan ekonomi dan usaha memperluas peluang pendapatan rakyat. – UMNO Online
Bajet 2027: Merancakkan Ekonomi, Bukan Sekadar Gula-gula
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KPF: KUSKOP Komited Pastikan Pemulihan, Penstrukturan Dilaksana Secara Berkesan
- Jentera BN Lenggong Terus Diperkukuh, Dekati Rakyat
- Kerajaan Urus Risiko Kebergantungan E&E Melalui Tiga Strategi Utama
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Umum Gaji Naik Sahaja, Pastikan Harga Barang Terkawal
You must be logged in to post a comment.