Penumpang bunuh pemandu teksi, tanam mayat di ladang teh

Penumpang bunuh pemandu teksi, tanam mayat di ladang teh

Penumpang bunuh pemandu teksi, tanam mayat di ladang teh
POLIS menemukan mayat mangsa yang dibuang di ladang teh di Sumedang, wilayah Jawa Barat baru-baru ini. – Istimewa

JAKARTA – Seorang pemandu teksi di Sumedang, wilayah Jawa Barat mengalami nasib malang apabila dia dirompak dan dibunuh oleh penumpangnya sendiri, lapor laman berita Tribunnews.

Suspek dilaporkan menanam mayat mangsa di ladang teh Cisoka di Desa Citengah, daerah Sumedang Selatan.

Ladang teh berkenaan terletak kira-kira 18.8 kilometer dari pusat bandar Sumedang.

Ketua Polis Sumedang, AKBP Reza Maruffi berkata, pihaknya melancarkan siasatan susulan penemuan mayat mangsa.

“Polis menahan dua lelaki yang disyaki melakukan rompakan dan pembunuhan itu malam kelmarin.

“Mereka kini disoal siasat,” tambah Reza. – AGENSI


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isu Ritual Agama Lain: Perlunya Pemerkasaan Pendidikan Akidah Nasional

Penumpang bunuh pemandu teksi, tanam mayat di ladang teh

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker