Lagi kes rakyat Malaysia ditahan, pelajar universiti ‘kantoi’ seludup 4kg syabu

Lagi kes rakyat Malaysia ditahan, pelajar universiti ‘kantoi’ seludup 4kg syabu

Lagi kes rakyat Malaysia ditahan, pelajar universiti ‘kantoi’ seludup 4kg syabu
SUSPEK menyeludup 4kg syabu dari Port Dickson, Malaysia ke Indonesia. – AGENSI

JAKARTA – Percubaan seorang pelajar universiti menyeludup masuk empat kilogram (kg) dadah jenis syabu dari Port Dickson, Malaysia ke Indonesia gagal apabila diberkas di Tanjung Balai, wilayah Sumatera Utara pada Sabtu lalu, lapor laman berita Kumparan.

Suspek lelaki berusia 21 tahun dikenali sebagai DO itu ditahan sejurus tiba di Terminal Ketibaan Feri Antarabangsa Teluk Nibung, sekitar pukul 4.30 petang (waktu tempatan) kelmarin.

Ketua Pejabat Cukai dan Kastam Teluk Nibung berkata, penahanan suspek yang berasal dari Medan Denai itu dibuat hasil pemprofilan penumpang serta imbasan mesin sinar-X menunjukkan barang mencurigakan pada beg pakaian dibawanya.

“Pemeriksaan fizikal secara terperinci dengan disaksikan sendiri oleh suspek menemukan lapan bungkusan plastik lutsinar mengandungi kristal putih yang disembunyikan secara rapi di dalam dinding khas beg pakaian suspek.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Umum Gaji Naik Sahaja, Pastikan Harga Barang Terkawal



“Ujian saringan menggunakan alat pengesan mengesahkan kristal putih ini adalah methamphetamine atau syabu dengan berat keseluruhan mencecah 4,000 gram,” katanya.

Suspek bersama barang kes termasuk telefon bimbit, tiket perjalanan dan pasport diserahkan kepada Polis Resor Tanjung Balai untuk tindakan serta siasatan lanjut. – AGENSI

Lagi kes rakyat Malaysia ditahan, pelajar universiti ‘kantoi’ seludup 4kg syabu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isu Ritual Agama Lain: Perlunya Pemerkasaan Pendidikan Akidah Nasional

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker