Kasihan lihat pekerja naik basikal, tauke restoran hadiahkan BMW

Kasihan lihat pekerja naik basikal, tauke restoran hadiahkan BMW 

Kasihan lihat pekerja naik basikal, tauke restoran hadiahkan BMW
Seorang pekerja menerima kereta BMW kerana prestasinya yang cemerlang di China baru-baru ini. – Douyin

BEIJING – Seorang pemilik rangkaian restoran stimbot daging di China menghadiahkan kereta BMW berharga 300,000 yuan (RM182,992) setiap satu kepada beberapa pekerja terbaiknya selepas melihat mereka menunggang basikal elektrik ke kedai semasa cuaca sejuk, lapor laman berita VNExpress.

Restoran itu terletak di bandar Jiaozuo, wilayah Henan.

Ma Yanli membawa ketiga-tiga pekerja itu ke pengedar BMW untuk mengambil kereta yang telah dibayar sepenuhnya, lapor stesen penyiaran Henan TV akhir bulan lepas.

Seorang pekerja bernama Li Jie berkata, Yanlu memberitahunya semasa menuju ke bilik pameran bahawa dia akan menerima ‘mainan besar’.

Ahkbar South China Morning Post melaporkan sebuah BMW berwarna putih telah didaftarkan atas nama Jie dan Yanli tidak memintanya untuk menandatangani sebarang perjanjian sebagai balasan.

Seorang lagi pekerja, Liu Yingying menerima BMW berwarna kelabu. Yanli memberitahunya bahawa dia layak menerima kereta tersebut disebabkan kerajinan dan prestasi yang cemerlang.

Menurut Yanli, idea itu muncul selepas dia menyedari muka salah seorang pekerjanya yang dipanggil Xiao Lube, bertukar menjadi merah semasa cuaca sejuk.

“Pada hari yang sejuk, saya boleh menikmati keselesaan, jadi mengapa dia tidak boleh?.

“Jika saya berjaya, ia bukan disebabkan saya semata-mata tetapi kerana mereka semua menjalankan tugas dengan baik,” katanya. – AGEN

SIKasihan lihat pekerja naik basikal, tauke restoran hadiahkan BMW


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isu Ritual Agama Lain: Perlunya Pemerkasaan Pendidikan Akidah Nasional

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker