Jerebu: Wan Rosdy Seru Rakyat Pahang Berwaspada

Jerebu: Wan Rosdy Seru Rakyat Pahang Berwaspada

Jerebu: Wan Rosdy Seru Rakyat Pahang Berwaspada

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyeru rakyat Pahang untuk sentiasa berwaspada ketika musim jerebu ini.

Menerusi satu kenyataan, beliau mengambil maklum mengenai penutupan sementara institusi pendidikan di daerah Rompin dan Kuantan mulai 13 Oktober 2026 susulan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) yang tinggi.

 

“Saya mengambil maklum keputusan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang untuk menutup sementara institusi pendidikan di daerah Rompin dan Kuantan mulai 13 Oktober 2026 susulan keadaan jerebu dan bacaan IPU di kawasan berkenaan.

“Keputusan itu dibuat bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid, guru serta seluruh warga pendidikan sentiasa terpelihara.

“Di kesempatan ini saya menyeru seluruh rakyat Pahang supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk mengurangkan aktiviti di luar rumah, mematuhi nasihat pihak berkuasa, mengelakkan pembakaran terbuka serta memakai pelitup muka ketika berada di luar rumah,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Umum Gaji Naik Sahaja, Pastikan Harga Barang Terkawal


Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, Kerajaan Negeri Pahang akan terus memantau perkembangan semasa untuk memastikan tindakan sewajarnya diambil demi kepentingan rakyat.

“Golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan perlu diberikan perhatian khusus. Ibu bapa, majikan dan penganjur program juga diminta mengambil langkah sewajarnya bagi mengurangkan pendedahan kepada udara tidak sihat.

“Sekiranya mengalami gejala yang membimbangkan, segera dapatkan pemeriksaan dan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran.

“Kerajaan Negeri Pahang akan terus memantau perkembangan semasa bersama agensi berkaitan bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil demi kepentingan rakyat.

“Marilah kita berdoa agar keadaan jerebu ini segera pulih dan seluruh rakyat Pahang sentiasa dilindungi Allah SWT serta dikurniakan kesihatan yang baik dan sejahtera,” katanya lagi.

 

Jerebu: Wan Rosdy Seru Rakyat Pahang Berwaspada

Pada Isnin media melaporkan semua institusi pendidikan di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang di daerah Kuantan dan Rompin ditutup sementara mulai esok ekoran keadaan jerebu yang semakin teruk di dua daerah itu.
Berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sehingga pukul 1 tengah hari semalam menyaksikan tiga lokasi menunjukkan status tidak sihat iaitu Rompin (156), Indera Mahkota Kuantan (123) dan Balok Baru Kuantan (161).

Menurut kenyataan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang penutupan institusi berkaitan termasuk sekolah akan dilakukan sehingga keadaan kembali selamat dan arahan selanjutnya dikeluarkan. – UMNO Online

Jerebu: Wan Rosdy Seru Rakyat Pahang Berwaspada


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isu Ritual Agama Lain: Perlunya Pemerkasaan Pendidikan Akidah Nasional

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker