Puteri Balqis nombor satu

Puteri Balqis nombor satu

LAKONAN Puteri Balqis dalam drama Rampas Cintaku 2 dikatakan paling menyerlah berbanding pelakon lain.
BAKAT seni Puteri Balqis atau Aqish memang tiada tandingan, siapa sahaja yang menonton lakonannya pasti mudah tergamam.

Terbaharu, pelakon muda itu mengundang pujian ramai apabila babak lakonannya bersama Zamarul Hisham menerusi drama Jangan Rampas Cintaku 2 tular dalam media sosial.



Bukanlah kali pertama dia meraih pujian tetapi kali ini makin ramai berasa kagum kerana momentum kehebatan lakonan yang menyerlah sejak itu menunjukkan peningkatan, makin bagus!

Bukan sahaja netizen, rupa-rupanya pelakon Izara Aishah pun turut kagum dengan bakat lakonan yang dimiliki Aqish.

“Puteri Balqis is ‘underrated’ (kurang diberi perhatian). Sangat berbakat dan dalam kelas tersendiri, nombor satu,” katanya ringkas.

Kita memang setuju sangat dengan pendapat Izara. Memang patut ada orang industri yang memperkatakan hal tersebut.



Selain Izara, Aqish juga dihujani dengan pujian daripada netizen yang berpendapat dia selayaknya sekali lagi diangkat menjulang trofi pelakon terbaik.

“Lakonan Aqish memang level lain, setiap dialog dilontarkan sebutir-sebutir. Memang power!

“Tolonglah beri pengiktirafan lagi pada Aqish, lakonan dia memang kalahkan pelakon wanita dewasa lain, ternganga tengok,” puji netizen. K Online

Puteri Balqis nombor satu



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya



Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah



Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker