Uqasha lahirkan bayi perempuan

Uqasha lahirkan bayi perempuan

Pelakon, Uqasha Senrose, 31, selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Uqaira, pagi ini.

Berita gembira itu dikongsikan isteri kepada pelakon Kamal Adli itu di Instagram.



“Alhamdulilah selamat melahirkan puteri sulung pada Subuh tadi. Selamat datang ke dunia sayangku, saya cintakan awak Uqaira,” tulisnya.

Menerusi perkongsian itu, Uqasha memberitahu bayi sulungnya itu lahir seberat 2.72 kilogram.

Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal, 38, pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

Uqasha sebelum ini mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.



Kali pertama dia keguguran adalah sewaktu mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar November 2022. HM

Uqasha lahirkan bayi perempuan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Penangan Leona nyanyi pelat, lagu Ketipak Ketipung Raya makin tular

Melampau, siasat individu hina mangsa nahas helikopter bertembung



Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan

‘Kenapa Allah Tak Kahwinkan Kau’ (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker