‘Sheriff’ tangkap pencuri selipar di masjid

‘Sheriff’ tangkap pencuri selipar di masjid

Bangi: Populariti filem Sheriff: Narko Integriti ketika ini memberi ilham kepada pengurusan Masjid Bandar Seri Putra, di sini, untuk menghasilkan video parodi berunsur peringatan dan dakwah.

Inspirasi daripada babak filem mega itu, pengurusan masjid mengangkat isu yang sering berlaku di masjid iaitu kes curi selipar, malah menjadi video nasihat pertama yang menarik perhatian ramai.



Perkongsian video itu di TikTok meraih lebih 1.3 juta tontonan dengan maklum balas warganet yang rata-ratanya mengakui terhibur.

Pencipta kandungan Masjid Bandar Seri Putra, Muhamad Amirul Azizi Roslan, 28, selaku pelakon dan penulis skrip berkata, idea itu tercetus selepas melihat kejayaan filem yang bukan hanya meraih kutipan tinggi tetapi juga ‘trending’ di laman sosial.

“Sejak kebelakangan ini, banyak video trailer filem Sheriff: Narko Integriti dimuat naik di TikTok dan laman sosial. Kita sedar orang sukakannya, jadi kami bincang untuk hasilkan video isu di masjid.

“Hasil perbincangan bersama, kami sepakat mengangkat cerita bagaimana imam menangkap pencuri selipar di masjid, namun wataknya sekadar rekaan sahaja dan bukan realiti sebenar yang berlaku di masjid kami,” katanya ketika dihubungi harian Metro.



Meskipun hanya lakonan, Muhamad Amirul Azizi berkata, kisah dipaparkan dalam video itu mempunyai mesej jelas sebagai peringatan semua pihak bahawa perbuatan mencuri itu tetap satu kesalahan.

“Kiranya, video itu medium kita untuk berdakwah dan sampaikan mesej secara tak langsung kepada yang menonton. Alhamdulillah, ramai yang suka, beri maklum balas positif di ruangan komen dan boleh faham kerana ada pengalaman sama (selipar hilang akibat dicuri).

“Ramai juga minta muat naik lagi video kreatif dan memang itu perancangan kita iaitu hasilkan lebih banyak ‘content’ (kandungan) berunsur dakwah.

“Usaha itu seiring dengan slogan kita iaitu santai tapi sampai dengan harapan ia dapat tarik lagi lebih ramai orang ke masjid,” katanya. HM



‘Sheriff’ tangkap pencuri selipar di masjid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penangan Leona nyanyi pelat, lagu Ketipak Ketipung Raya makin tular



Melampau, siasat individu hina mangsa nahas helikopter bertembung

Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan



‘Kenapa Allah Tak Kahwinkan Kau’ (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker