Bapa serang guru tangkap anaknya merokok di sekolah

Bapa serang guru tangkap anaknya merokok di sekolah

KOTA KINABALU: Seorang bapa ditahan selepas memarahi dan mengugut guru kerana mengambil tindakan terhadap anaknya yang dikatakan merokok di kawasan sekolah, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, lelaki berusia 49 tahun itu ditahan selepas laporan polis diterima daripada guru terbabit.



Menurut sumber, guru berusia 40 tahun terbabit menahan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di dalam tandas sekolah berkenaan.

Bagaimanapun katanya, pelajar berusia 17 tahun itu dikatakan sempat menghubungi bapanya yang kemudiannya datang ke sekolah dan cuba menyerang guru terbabit.

“Keadaan tegang apabila lelaki terbabit yang datang dalam keadaan marah kerana mendakwa guru terbabit memukul anak lelakinya.

“Guru berkenaan menerangkan kejadian sebenar membabitkan pelajar itu namun bapa terbabit tidak dapat menerima dan terus memaki hamun serta mengamuk di dalam kawasan sekolah,” katanya.



Menurutnya, bapa pelajar terbabit turut bertindak agresif termasuk menolak dan mencekik guru berkenaan sehingga hampir terjatuh.

Katanya, beberapa guru yang berada di sekolah berkenaan membantu menenangkan keadaan namun kejadian sempat dirakam beberapa individu lain di kawasan sekolah sebelum tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, suspek ditahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kata-kata ugutan terhadap guru sekolah.



Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin berkata, pelajar berkenaan masih dibenarkan mengambil SPM walaupun sudah dibuang sekolah.

Katanya, pihaknya juga mengesahkan kejadian pelajar terbabit merokok di dalam tandas sekolah berkenaan.

“Setiap calon SPM hendaklah akur kepada peraturan sedia ada di sekolah selain menjaga tingkah laku yang baik agar tidak mengganggu perjalanan peperiksaan.

“JPN Sabah sentiasa komited memastikan peperiksaan awam berjalan lancar dan semua calon SPM berada dalam keadaan tenteram dan selesa ketika menjawab soalan peperiksaan,” katanya. BH



Bapa serang guru tangkap anaknya merokok di sekolah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar



Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35

Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil



Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker