SPRM beku akaun Tan Sri berkait kontrak bekal kenderaan kerajaan

SPRM beku akaun Tan Sri berkait kontrak bekal kenderaan kerajaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan beberapa akaun bank persendirian milik seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri bernilai puluhan juta ringgit.

Pembekuan itu susulan siasatan dijalankan terhadap seorang ahli perniagaan berkaitan kontrak diberikan kepada sebuah syarikat pembekal kenderaan kerajaan sejak Julai tahun lalu.



Sumber berkata, sebelum ini SPRM turut menyerbu kediaman dan syarikat seorang ahli perniagaan berusia 70-an itu serta memperoleh dokumen berkaitan kewangan yang boleh membantu siasatan.

Katanya, keterangan beberapa saksi penting terdiri agensi kerajaan terlibat dan individu daripada syarikat yang mendapat perolehan membekal serta menguruskan fleet kenderaan kerajaan turut diambil.

“Lebih 100 akaun persendirian dan syarikat bernilai jutaan ringgit yang berada bawah kawalan Tan Sri berkenaan dianalisis bagi melihat trend pemindahan wang kepada individu tertentu.

“Daripada jumlah tersebut, SPRM membekukan beberapa akaun yang jumlahnya dianggarkan puluhan juta ringgit,” kata sumber itu.



Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim, ketika dihubungi mengesahkan pembekuan akaun tersebut dan memaklumkan kes disiasat bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009. FMT

SPRM beku akaun Tan Sri berkait kontrak bekal kenderaan kerajaan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar

Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35



Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil

Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker