Rayuan bekas pegawai khas Hishammuddin Hussein didengar hari ini

Rayuan bekas pegawai khas Hishammuddin Hussein didengar hari ini

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini dijangka mendengar rayuan seorang bekas pegawai khas kepada bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berhubung hukuman penjara dua tahun dan denda RM400,000 selepas didapati bersalah menerima rasuah RM80,000.

Mengikut sistem kehakiman, rayuan itu akan didengar bermula jam 9 pagi ini.



Pada 27 Disember 2018, Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhkan hukuman berkenaan selepas mendapati bekas pegawai khas itu, Zailan Jauhari, bersalah apabila mengambil kira semua kenyataan saksi, pembelaan, eksibit dan dokumen dikemukakan.

Hakim, Rozilah Salleh, berkata pembelaan tertuduh tidak jujur, tidak dapat diterima, tidak munasabah dan direka semata-semata.

Rozilah turut menolak permohonan peguam bela Zailan, Md Yunos Shariff, untuk denda RM400,000 dibayar dua kali ansuran dan memerintahkan ia dilunaskan sepenuhnya atau tertuduh akan dipenjarakan selama setahun jika gagal berbuat demikian.

Beliau bagaimanapun membenarkan permohonan untuk penangguhan hukuman penjara dua tahun sementara menunggu rayuan.



Zailan sebelum ini didakwa menerima sekeping cek RM60,000 dan wang tunai RM20,000 sebagai dorongan untuk memberikan tender pembersihan sekolah kepada dua syarikat di Kuala Selangor.

Kesalahan mengikut Seksyen 16a (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 itu didakwa dilakukan di Mak Engku Steamboat & Grill, No 2, Jalan Bendahara 1/2, Taman Bendahara, Shah Alam, antara jam 7.30 malam dan 8 malam, 8 Januari 2014. BH

Rayuan bekas pegawai khas Hishammuddin Hussein didengar hari ini

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar

Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35



Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil

Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker