Tertuduh terakhir kes kongsi isteri dihukum penjara 13 tahun, 12 sebatan

Isteri 'diberi' rogol lelaki lain.

Tertuduh terakhir kes kongsi isteri dihukum penjara 13 tahun, 12 sebatan

SINGAPURA: Lelaki terakhir daripada tujuh lelaki dalam kes suami memberi isteri mereka ubat tidur untuk dirogol lelaki lain, dihukum penjara 13 tahun dan 12 kali sebatan pada 30 Januari.

Eksekutif kewangan berusia 45 tahun itu, O, dijemput oleh J untuk merogol isteri J yang tidak sedarkan diri pada Mac 2011, pada ulang tahun ketiga perkahwinan mereka.



J, individu utama dalam kes itu, memberi isterinya ubat penenang dan menjemput lima lelaki untuk merogolnya secara berasingan antara 2010 dengan 2018.

Dalam menjatuhkan hukuman ke atas O, yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak, Hakim Mavis Chionh menolak percubaan pihak pembelaan untuk menggambarkan O sebagai ‘pengikut malang’ yang terjebak dalam muslihat J secara tidak sengaja, lapor The Straits Times.

Beliau membuat kesimpulan bahawa tingkah laku O secara keseluruhan menunjukkan dia tidak mempunyai penyesalan yang ikhlas, merujuk kepada bagaimana dia terus terlibat dalam perbincangan bersama J mengenai merogol mangsa itu selepas melakukan kesalahan tersebut.

Hakim Chionh juga menambah, beliau memberi sedikit saja pertimbangan kepada kerja kebajikan O sebagai sukarelawan akar umbi dan sebuah badan amal makanan.



Peguam O, Chua Eng Hui, berkata beliau akan merayu terhadap sabitan dan hukuman terhadap anak guamnya.

Ikat jamin bagi O ditambah kepada SGD$120,000 sementara menunggu pendengaran rayuannya.

Empat lelaki lain yang merogol isteri J dijatuhkan hukuman penjara antara 13½ dan 22 tahun, dengan tiga daripada mereka juga dihukum rotan 20 kali setiap seorang.

Semasa perbicarannya di mahkamah, J memberi keterangan bahawa dia menjemput O merogol isterinya pada Mac 2011, pada ulang tahun ketiga perkahwinan mereka.



Namun, O menafikan sebarang perjanjian antaranya dengan J untuk merogol isteri J dan dia juga menafikan merogol mangsa.

Dia berhujah J mengundangnya ke rumahnya untuk bersemuka kerana O dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan isteri J.

Isteri J dan O melakukan hubungan seks suka sama suka pada September 2010, selepas J memberikan butiran hubungan isterinya.

O mendakwa dia berasa gelisah dalam pangsapuri itu, malah apabila ditanya oleh J sama ada dia mahu menyentuh mangsa, dia berpura-pura menyentuh dirinya secara seksual dalam usaha untuk keluar daripada dilema itu.



Hujah itu ditolak oleh Hakim Chionh, yang mensabitkan O pada November 2023, selepas menyifatkan keterangan O tidak konsisten, bernas, munasabah serta ‘tidak masuk akal’.

Hakim berkata tidak masuk akal untuk J menyebabkan isterinya berada dalam keadaan tidak sedar jika dia mahu bersemuka dengan O kerana mempunyai hubungan sulit.

Beliau menyatakan O tidak cuba memeriksa wanita itu selepas melihatnya terbaring tanpa bergerak di atas katil, walaupun O mendakwa dia pergi ke pangsapuri itu kerana bimbang terhadap mangsa.

Hakim Chionh berkata pihak pendakwaan telah membuktikan kedua-dua lelaki itu bersubahat dalam jenayah tersebut. BH



Tertuduh terakhir kes kongsi isteri dihukum penjara 13 tahun, 12 sebatan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar



Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35

Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil

Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker