Adibah tetap lawan Rosland berkenaan hak penjagaan kekal dua anak

Adibah tetap lawan Rosland berkenaan hak penjagaan kekal dua anak

Perbicaraan tuntutan hadanah membabitkan bekas madu pelakon Miera Liyana iaitu Adibah Abdul Mutalib dan bekas suami, Rosland Othman bagi dua anak, Nur Anisa, 13, dan Nurin Tasnim, 12, masih belum mencapai kata putus.

Peguam mewakili Adibah, Junid Ramali berkata, pihaknya berusaha mendapat hak penjagaan penuh bagi anak guamnya memandangkan ibu lebih rapat kepada anak-anak perempuan.



“Hari ini perbicaraan kes hadanah bagi anak keempat dan kelima. Kami kena soal balas keterangan diberikan oleh pihak sana.

“Keputusan penjagaan interim sebelum ini dibuat berdasarkan pemilihan anak dan sekarang, kami mahu lawan untuk hak penjagaan kekal.

“Seperti biasa pihak sana mengatakan mereka lebih layak menjaga anak, tapi kami yakin sudah tentu ibu adalah orang yang paling layak menjaga anak sebab anak itu perempuan.

“Jadi kami masih positif untuk lawan, sebab kami cuba untuk selesaikan di luar mahkamah, tapi tak jalan,” katanya.



Tambah Junid, mereka juga masih belum mendapatkan keputusan bagi tuntutan nusyuz difailkan oleh Rosland pada Disember 2021.

“Kes nusyuz belum diputuskan dan mungkin bulan hadapan. Untuk kes hadanah pun mungkin dalam dua hingga tiga kali perbicaraan lagi, jadi kami mahu buat sependek mungkin, tak mahu melalut.

“Sebab Adibah memang layak untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang solehah.

“Tiada sebab ibu hilang kelayakan menjaga anak-anaknya. Kalau nak putus asa, Adibah boleh putus asa sejak awal, tapi dia pilih untuk lawan.



“Kebenaran akan terbukti juga,” katanya.

Terdahulu, Junid dan Adibah hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan bagi perbicaraan hak penjagaan bagi anak keempat dan kelima bagi Adibah dan Rosland iaitu Nur Anisa dan Nurin Tasnim.

Pada prosiding hari ini, Adibah selaku defendan diwakili peguam dan turut ditemani adik beradiknya, manakala Rosland pula hadir bersama ibu mentua, Aishah Abdullah.

Sebelum ini, Adibah mendapat hak penjagaan sementara atau interim dua daripada tiga anaknya selepas Rosland memfailkan tuntutan pada 24 Mac tahun lalu.



Adibah bersyukur apabila anaknya iaitu Nur Liyana, 18, dan Nurin Tasnim, 11, memilih untuk tinggal bersamanya.

Sebelum ini, pasangan Rosland dan Adibah sah bercerai talak satu di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Siti Noraini Mohd Ali di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 3 Ogos tahun lalu.

Pasangan itu hidup bersama selama 28 tahun, mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima cahaya mata perempuan berusia antara 11 hingga 26 tahun.

Rosland berkahwin kali kedua dengan Miera pada Julai 2020. Hasil perkongsian hidup, mereka kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. BH



Adibah tetap lawan Rosland berkenaan hak penjagaan kekal dua anak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar



Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35

Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil

Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker