Ini cara saya balas dendam kerana ditinggalkan tunang
Ini cara saya balas dendam kerana ditinggalkan tunang
Jakarta: Sakit hati ditinggalkan tunangnya, seorang wanita Indonesia membuat ratusan tempahan palsu dalam talian menggunakan alamat rumah lelaki itu.
Wanita berusia 21 tahun dari Kota Semarang itu nekad melakukan perkara itu bagi membalas dendam terhadap tunangnya, Syahrul Maulana yang membatalkan perkahwinan mereka.
Menurut wanita itu, dia membuat pesanan 400 barang dan 200 tempahan lagi untuk perkhidmatan pengangkutan menggunakan alamat bekas tunangnya di kampung Karangayu, Cepiring.
“Saya buat macam ini kerana saya sakit hati dan ingin balas dendam.
“Malah, dia berjanji berkahwin dengan saya pada Oktober lalu tetapi dia membatalkannya sesuka hati,” katanya dalam detikJateng.
Wanita itu berkata, dia juga bengang kerana mahkota kesuciannya diragut tunangnya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kendal, Komisioner Edy Sutrisno berkata, suspek melakukan perbuatan terbabit sejak September 2023 hingga Januari 2024 dengan motif membalas dendam kerana sakit hati.
“Kes ini terbongkar selepas mangsa melaporkannya kepada polis kerana dia tidak membuat pesanan tetapi tetapi barang itu sampai atas nama dan alamatnya.
“Suspek membuat pesanan palsu itu dengan menggunakan gambar kad pengenalan mangsa.
“Secara keseluruhan, 200 kenderaan perkhidmatan pengangkutan seperti motosikal dan kereta sewa dihantar ke rumah mangsa, serta 400 barang seperti perabot, barangan elektronik dan perkhidmatan sedut tandas,” katanya.
Sabit kesalahan, wanita itu berdepan hukuman 12 tahun penjara atau denda maksimum 12 bilion rupiah (RM3,620,439.82). HM
Ini cara saya balas dendam kerana ditinggalkan tunang
Baca Artikel Menarik:
- 3 kemungkinan dibuat Lembaga Pengampunan
- Kenapa saya kahwin wanita lebih tua
- Biodata yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
- Adibah tetap lawan Rosland berkenaan hak penjagaan kekal dua anak
- Mahfuz pula bayar saman RM250,000 kepada Sanusi
- SPRM beku akaun Tan Sri berkait kontrak bekal kenderaan kerajaan
- Kini akad nikah dibenarkan di dua masjid suci
- Rayuan bekas pegawai khas Hishammuddin Hussein didengar hari ini
- Tertuduh terakhir kes kongsi isteri dihukum penjara 13 tahun, 12 sebatan
- Rasa macam pengantin – Al-Sultan Abdullah
- Piala Asia: Akibat bergaduh dengan jurulatih, penjaring terbanyak dihantar pulang
- Ketua Pesuruhjaya SPRM mengadap TMJ di Kuala Lumpur
- Majikan beri bonus 13 bulan dan ikan kerapu 5kg sempena Tahun Baru Cina
- Inspektor didakwa merogol gadis ketika beri keterangan gambar lucah, kini dalam siasatan polis
- ‘Jangan sampai kami bermalam di KOMTAR 10 hari, sambil bakar ikan’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)
You must be logged in to post a comment.