Dari mana asalnya graviti?

Dari mana asalnya graviti?

Sains menjelaskan bahawa graviti ialah daya tarikan di antara zarah-zarah yang besar. Melalui gravitilah berat sesuatu objek daripada jisimnya dapat ditentukan.

Saintis di seluruh dunia kebanyakannya bersepakat dengan nilai purata graviti di permukaan bumi iaitu kira-kira 9.80 ms-2. Namun, sehingga kini masih tiada seorang pun yang dapat memberikan penjelasan tepat bagaimana daya tarikan ini terhasil di sekeliling kita.



Hukum graviti yang paling berjaya ialah teori relatif am yang diperkenalkan oleh Albert Einstein. Walau bagaimanapun, hukum graviti Newton adalah lebih mudah dan cukup tepat untuk kebanyakan perkara, seterusnya menjadikan ia lebih popular.

Newton telah mengaplikasikan hukum graviti berdasarkan teori keguguran buah epal. Beliau menyimpulkan bahawa, seperti juga daya graviti menarik buah epal ke bumi, graviti turut memastikan bulan sentiasa berada dalam orbitnya.

Newton dan Einstein, antara saintis yang cuba merungkai rahsia graviti.
Pada tahun 1687, Newton telah menerbitkan sebuah buku bertajuk Hukum Graviti Newton (Law of Gravitation). Menurut beliau, semua jisim di alam semesta ini menarik antara satu sama lain dan daya yang bertindak adalah berkadar terus dengan hasil darab jisim-jisim tersebut.

Bercerita mengenai graviti, ia merupakan suatu keadaan yang jarang diendahkan kerana dua sebab, pertama kerana graviti sentiasa ada dan kedua kerana graviti tidak pernah berubah sehingga kini.



Pergerakan graviti bergerak sekata dengan berpusat di teras bumi. Oleh kerana sifat graviti yang tertumpu di bahagian pusatnya, maka ia mempunyai daya tarik secara simetri dari semua arah dengan kekuatan yang sama. Disebabkan itu juga, bumi, matahari, bulan serta planet-planet lain menjadi bulat sekata dalam bentuk yang stabil.

Bagaimanapun, jika ditinjau dengan lebih terperinci, ada beberapa tempat di bahagian bumi mempunyai daya tarikan graviti yang lebih kuat berbanding dengan bahagian permukaan yang lain. Ini berlaku disebabkan hukum graviti menyatakan bahawa, semakin dekat sesuatu objek dengan pusat graviti, maka daya tarikannya akan menjadi lebih kuat.

Perkara ini dapat dijelaskan melalui ukuran diameter bumi yang tidak sekata. Disebabkan proses pusingan bumi yang berterusan, bentuk bumi berubah sedikit demi sedikit menjadi sfera yang seakan-akan tertekan pada orientasi kutub-kutub yang menyebabkan berlaku kecembungan pada garisan khatulistiwa.

Perkara ini telah menyebabkan diameter khatulistiwa 43 kilometer lebih besar berbanding diameter dari kutub ke kutub. Disebabkan itu, daya tarikan graviti di kutub lebih kuat berbanding tempat lain di dunia kerana kedudukannya yang lebih dekat dengan pusat bumi. Hukum ini sama dengan daya graviti di laut dalam, tetapi kadar ketumpatan air menyebabkan daya graviti di dalam laut kurang memberi impak.



Perbezaan daya graviti di antara planet-planet pula adalah disebabkan oleh bilangan atom yang berkumpul yang membentuk sesuatu objek di ruang angkasa. Selain itu, ia turut dipengaruhi oleh saiz, struktur serta tahap kepadatan jisim sesebuah planet.

Alasan mengapa daya graviti bumi tidak berubah adalah kerana jisim bumi yang tidak pernah bertukar. Daya graviti hanya akan berubah apabila terdapat perubahan dalam jisim bumi itu sendiri. Dan graviti jugalah yang bertanggungjawab terhadap pusingan orbit yang mengelilingi bulan serta menyebabkan semua planet mengelilingi matahari.

Jika graviti bumi berubah dengan sekata, suatu perubahan besar akan berlaku kerana semua bahan yang direka di atas muka bumi ini berasaskan daya tarikan graviti.

Bayangkan bagaimana keadaan kita apabila tiada graviti.



Selama ini kita amat bergantung pada tarikan graviti untuk ‘memegang’ hampir kesemua benda – kereta, manusia, perabot, pensel, buku dan sebagainya. Jika tiada tarikan graviti, segala-galanya akan terapung di udara malah dua perkara penting di bumi juga, iaitu air dan udara, akan ‘melompat’ ke angkasa dan hilang entah ke mana.

Ini merupakan salah satu masalah di bulan yang tidak mempunyai tarikan graviti yang mencukupi, malah menghampiri keadaan hampa gas.

Tetapi jika perkara sebaliknya berlaku – daya graviti tiba-tiba berganda, ia juga bakal mencetuskan malapetaka kerana berat semua bahan juga akan berganda. Masalah besar akan timbul pada struktur seperti rumah, jambatan, bangunan pencakar langit dan objek-objek lain.

Kebanyakan struktur atau bangunan akan runtuh dengan cepat jika bebannya digandakan. Pokok dan tanaman juga akan menghadapi masalah, malah tekanan udara akan digandakan dan memberi kesan yang besar kepada iklim bumi.



Sehingga kini, daya graviti masih terus kekal sebagai misteri. Manusia hanya mampu membincangkan tentang hukum graviti atau mengira graviti dalam skala pecutan, tetapi masih tiada jawapan yang benar-benar tepat dari mana asal usul graviti yang wujud di sekeliling kita. Utv

Dari mana asalnya graviti?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Aksi lucah, Siskaeee mengakui sakit mental

Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)

Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5

Kediaman Najib lengang tanpa penghuni

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker