Waris mangsa nahas Boeing 737 MAX dapat pampasan RM195 juta
Waris mangsa nahas Boeing 737 MAX dapat pampasan RM195 juta

WASHINGTON – Panel juri menganugerahkan ganti rugi AS$49.5 juta (RM195.3 juta) kepada keluarga seorang warga Amerika Syarikat berusia 24 tahun yang terkorban dalam nahas Boeing 737 MAX pada tahun 2019.
Tuntutan ganti rugi dikemukakan oleh keluarga Samya Stumo yang meninggal dunia dalam nahas Penerbangan Ethiopian Airlines pada Mac 2019. Kemalangan itu meragut 157 nyawa.
Panel juri di Chicago yang bermesyuarat dua jam memutuskan bahawa ‘jumlah keseluruhan ganti rugi perlu dibayar kepada plaintif ialah AS$49.5 juta, demikian menurut dokumen mahkamah.
Hampir kesemua tuntutan sivil berkaitan nahas itu telah diselesaikan di luar mahkamah. Bagaimanapun, dalam kes Stumo keluarganya gagal mencapai persetujuan dengan Boeing sebelum perbicaraan bermula Isnin lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Pengerusikan Mesyuarat Tertinggi KKDW, Perkukuh Agenda Pembangunan Desa
- Ulang Tahun Ke-80: Asas Pembangunan Negara Berakar Daripada Perjuangan UMNO – Ruzaini
- Majlis Ulama UMNO Tegur Ahli Parlimen Pas, Seru Henti Politik Pecahbelahkan Umat
UMNO Terus Relevan, Jadi Pilihan Generasi Muda – Suhaimi Nasir
“Kami amat bersimpati kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang masing-masing dalam Penerbangan Lion Air 610 dan Penerbangan Ethiopian Airlines 302,” kata Boeing dalam satu kenyataan.
Panel juri menganugerahkan keluarga Samya Stumo AS$21 juta (RM82.8 juta) untuk penderitaan yang dialami berikutan nahas, AS$16.5 juta(RM65.1 juta) untuk kehilangan anggota keluarga dan AS$12 juta (RM47.3 juta) untuk kesedihan keluarga.
“Kami gembira diberi peluang untuk mengendalikan kes tuntutan pampasan ini,” kata peguam firma Kline & Specter, Shanin Specter dan Elizabeth Crawford yang mewakili keluarga mangsa. – AFP
Waris mangsa nahas Boeing 737 MAX dapat pampasan RM195 juta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengukuhan Parti Jadi Fokus Utama UMNO Beaufort, Yakin Terus Relevan
- Pemuda UMNO Pulau Pinang, Kedah Desak Tindakan Tegas Hina Sahabat Nabi
- ‘Perkasa Jentera Dengan Kemahiran AI, Kuasai Algoritma Media Sosial’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.