Ini cara saya mencari rezeki – Kak KM

Ini cara saya mencari rezeki – Kak KM

“Puasa, puasalah.” Demikian kata usahawan dan penaja Konsert Rock Legend Berzaman, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli ketika ditanya mengenai tarikh konsert iaitu 3 Mac yang tidak jauh dengan tarikh permulaan Ramadan.

Kak KM berkata, konsert ini juga adalah cara dia dan pasukannya mencari rezeki bagi menampung kehidupan.



“Kita bukan buat konsert pada bulan Ramadan. Konsert ini kita adakan sebelum Ramadan.

“Kita punya kehidupan dan cara mencari rezeki adalah melalui kerja-kerja ini. Bagi saya, tak ada masalah sebab ini bidang kita dan cara kita mencari rezeki,” katanya.

Sementara itu, penganjur dari RAR Sky Entertainment, Iskandar Ali berkata, acara konsert ini juga adalah sebagai persediaan mencari rezeki buat semua yang terbabit termasuklah artis.

“Bulan Ramadan ini, kami buat persediaan juga sebenarnya contohnya, membuka peluang kepada vendor-vendor yang membekalkan baju kepada kami.



“Mereka ini tak pernah dapat ‘job’. Jadi, kami beri modal dahulu kepada mereka. Kami bagi peluang untuk mereka mencari pendapatan sebelum Ramadan.

“Begitu juga kepada artis-artis yang terbabit. Ini kerja mereka dan masing-masing ada tanggungan untuk menghadapi Ramadan dan Aidilfitri,” katanya.

Konsert Rock Legenda Berzaman akan berlangsung di Mega Star Arena Kuala Lumpur dan menampilkan barisan artis rock tanah air seperti Ameng Spring, Muss, Zamani Slam, Amir Ukays, Ezad Lazim, Shidi Data, Azan Scan, Poey Sting serta Hazama. HM

Ini cara saya mencari rezeki – Kak KM



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aksi lucah, Siskaeee mengakui sakit mental



Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)

Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5



Kediaman Najib lengang tanpa penghuni

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker