Noh boleh cari saya – Essam

Noh boleh cari saya – Essam

“Itu bukan nama sebenar Musa,” demikian jawapan suami kepada aktivis kemanusiaan Mizz Nina iaitu Essam Muhammad berhubung nama sebenar anak angkat Mizz Nina iaitu Musa seperti yang pernah didedahkan oleh penyanyi, Noh Salleh, 39, sebelum ini.

“Saya ingin menegaskan bahawa nama penuh Musa yang kononnya disebut dalam internet tempoh hari adalah tidak benar. Dia (Noh) sudah memberikan informasi salah kepada semua.



“Namun begitu, saya enggan mendedahkan nama sebenar Musa kerana ingin melindungi identiti dan maklumat peribadinya kepada umum,” katanya yang ditemui BH Online di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, pagi tadi.

Terdahulu, menerusi komen di Instagram (IG), Noh pernah mendedahkan kononnya nama penuh anak angkatnya ialah Musa Mohammad Noh Abdullah.

Tambah Essam, isterinya, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 44, mempunyai dokumen hak penjagaan yang lengkap dan berulang kali menegaskan tiada anak yang patut diambil tanpa kebenaran daripada penjaganya yang sah.

“Isteri mempunyai dokumen yang sah untuk menjaga Musa. Saya mewakili Mizz Nina ingin menegaskan bahawa tiada seorang anak pun yang patut diambil daripada penjaga tanpa keizinan daripada ibu bapanya.



“Bukan itu sahaja, pihak defendan mendedahkan nama sebenar ibu kandung Musa kepada umum menerusi kenyataan permohonan maaf.

“Tiada ibu kandung yang mahu dan satu Malaysia tahu bahawa dia sudah menyerahkan anaknya sendiri kepada orang lain. Perbuatannya sangat memalukan dan tidak beretika,” katanya.

Dalam masa sama, Essam juga memohon Noh berhubung dengannya, bukannya Mizz Nina.

“Kalau dia (Noh) mahu berkomunikasi dengan ahli keluarga termasuk Mizz Nina, saya adalah mahramnya. Jangan cari isteri saya, carilah saya.



“Kalau mahu berkomunikasi dengan saya, media sosial saya boleh diakses secara terbuka,” katanya.

Pagi tadi, peguam mewakili Mizz Nina selalu plaintif iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan memaklumkan prosiding sulh tidak berlangsung susulan Nina menarik semula kes penjagaan penuh bagi anak angkatnya, Musa dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara.

Bagaimanapun, Mizz Nina tidak hadir bagi prosiding hari ini sebaliknya diwakili suaminya iaitu Essam Muhammad.

Terdahulu, Mizz Nina mendakwa Noh membawa keluar anak angkatnya, Musa tanpa kebenaran dan pengetahuannya.



Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 44, mengakui ia disifatkan sebagai satu pengkhianatan dan memberikan kesan emosi kepadanya, apatah lagi, dirinya adalah ibu susuan Musa dan tidak pernah berjauhan dengan anak angkatnya selama itu.

Katanya, kejadian anaknya dibawa keluar dari rumahnya berlaku pada 19 Disember tahun lalu ketika dirinya dalam penerbangan menuju ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja.

Mizz Nina kemudiannya mendapatkan perintah mahkamah dan berjaya mendapatkan Musa kembali.

Bagaimanapun, Noh atau nama sebenarnya, Mohammad Noh Salleh, 39, sebelum itu membuat kenyataan dalam program Melodi menafikan ada unsur penculikan seperti didakwa, malah sudah mendapatkan kebenaran ibu kandung Musa untuk menjaga kanak-kanak itu.



Kemudiannya, vokalis kumpulan Hujan itu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dituntut oleh ibu kandung Musa yang hanya mahu dikenali sebagai Athira.

Noh, 39, menerusi hantaran di Instagram (IG) berkata, dia juga akan mengikut beberapa tuntutan lain seperti menarik balik kenyataan yang dikeluarkan termasuk memadam gambar Musa dalam media sosial. BH

Noh boleh cari saya – Essam

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tanggal semua kemudian berambuslah – KPN

Akim diganggu perempuan miang nak menyondol

Norreen Iman silap tayang badan, tunjuk perut

Kemasukan wanita disyaki pelacur ‘unik’, lepas tanpa cop

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker