UMNO berhak – Anwar

UMNO berhak – Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan Umno tidak pernah memberi kata dua kepadanya berkait isu pengampunan Najib Razak.

Perdana menteri juga menegaskan, tidak timbul isu permohonan bekas presiden Umno itu didengar lebih awal seperti didakwa pelbagai pihak, sambil menafikan pengampunan hanya boleh dibuat selepas tiga tahun penjara.



“Tiada ugutan…Zahid (Hamidi) presiden Umno ada di sini (pada perjumpaan ini). Dia tak pernah bagi kata dua pada saya tapi ada hak dia atau partinya memohon PM dan Lembaga Pengampunan memberi pertimbangan dengan alasan-alasan mereka…

“Saya tidak mahu nafi, sama ada saya suka atau tidak suka rakan politik atau musuh politik…prinsip keadilan ini dan prosesnya harus kita hormati,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri.

Anwar berkata, beliau hadir dalam mesyuarat pertama Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan pada 1 hingga 9 Dis lalu memandangkan ketika itu bertanggungjawab isu berkait Wilayah Persekutuan.



Sabtu lalu, Umno selepas mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi berpendirian menghormati keputusan Lembaga Pengampunan memendekkan hukuman penjara Najib daripada 12 kepada enam tahun, dan mengurangkan denda RM210 juta kepada RM50 juta.

Umno juga akan meneruskan usaha mendapat pembelaan terhadap Najib sesuai dengan laras undang-undang.

Najib menjalani hukuman penjara 12 tahun pada Ogos 2022 di Penjara Kajang sejurus Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya dalam kes SRC International.

Susulan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Jumaat lalu, bekas perdana menteri itu dijangka dibebaskan dari penjara pada 2028, atau setahun kemudian jika gagal membayar denda.



Anwar berkata, sebagai perdana menteri menjadi tanggungjawabnya memastikan setiap permohonan rayuan didengar Lembaga Rayuan.

“Ada yang kata mesti tiga tahun (lepas kena hukuman untuk mohon pengampunan) itu tak betul. Sesiapa sahaja, kalau ikut proses untuk kali pertama boleh kemukakan rayuan.

“Dalam kes ini bila rayuan diumumkan, perdana menteri pastikan rayuan didengar. Saya akui tanggungjawab itu. Sebaik saya dapat mana-mana rayuan, saya mohon supaya Lembaga Pengampunan bicarakan,” katanya.

Susulan rombakan Jemaah Menteri, Dr Zaliha Mustafa yang dilantik mengetuai portfolio Wilayah Persekutuan menggantikan Anwar dalam mesyuarat lembaga itu.



Jelas Anwar, ahli Lembaga Pengampunan boleh memberi pandangan, namun keputusan akhir terletak pada keihsanan Yang di-Pertuan Agong.

“Itu kena faham, bukan diputuskan (sepenuhnya) oleh Lembaga Pengampunan. Jadi, kalau nak tanya (minta penjelasan) silalah buat memo kepada Agong yang dahulu (Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah).

“Selepas penjelasan ini dibuat, harus hentikan (pertikai keputusan). Banyak lagi hal kita perlu selesaikan, soal ekonomi dan isu pelarasan gaji… itu yang harus kita utamakan.” FMT

UMNO berhak – Anwar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tanggal semua kemudian berambuslah – KPN



Akim diganggu perempuan miang nak menyondol

Norreen Iman silap tayang badan, tunjuk perut

Kemasukan wanita disyaki pelacur ‘unik’, lepas tanpa cop

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker