Tony Pua ‘menjawab’ kepada Bukit Aman ditemani Guan Eng

Tony Pua ‘menjawab’ kepada Bukit Aman ditemani Guan Eng

Bekas setiausaha publisiti DAP, Tony Pua, tiba di Bukit Aman, di sini untuk dirakam keterangan sebentar tadi.

Beliau tiba di perkarangan Bukit Aman pada jam 12.51 tengah hari dan bertemu dengan kira-kira 30 pengamal media yang menunggu sejak jam 12 tengah hari.



Turut hadir di lokasi bagi memberi sokongan adalah Pengerusi DAP, Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Klang, V Ganabatirau; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze, dan ADUN Kampung Tunku, Lim Yi Wei.

Beliau seterusnya ditemani peguam, Haijan Omar, masuk ke Bukit Aman kira-kira jam 1.13 minit tengah hari selepas dipanggil memberi keterangan kepada pihak polis, dijadualkan pada jam 1 tengah hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam kenyataan, mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap Tony yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong.

Razarudin dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan berhubung kenyataannya yang dimuat naik di Facebook.



“Kenyataan dibuat bersifat menghasut orang ramai supaya membenci dan menghina institusi diraja berkenaan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dalam menjalankan bidang kuasanya di bawah Artikel 42 Perlembagaan Persekutuan.

“Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman,” katanya.

Beliau berkata, Tony Pua akan dipanggil bagi membantu siasatan di Pejabat USJT Bukit Aman pada 1 tengah hari, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. BH



Tony Pua ‘menjawab’ kepada Bukit Aman ditemani Guan Eng

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tanggal semua kemudian berambuslah – KPN



Akim diganggu perempuan miang nak menyondol

Norreen Iman silap tayang badan, tunjuk perut



Kemasukan wanita disyaki pelacur ‘unik’, lepas tanpa cop



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker