Gerakan ‘ketua bahagian’ mahu gulingkan Zahid sebagai Presiden UMNO dinafikan

PETALING JAYA: Naib Presiden Umno Khaled Nordin menafikan dakwaan wujud gerakan menggulingkan Presiden Zahid Hamidi yang diusahakan ketua bahagian parti itu.

Katanya, beliau tidak tahu bagaimana perkara itu berbangkit di kala pucuk pimpinan parti berusaha menyelesaikan isu lain, termasuk pengampunan bekas presidennya Najib Razak.

“Surat kalau ditandatangani (ketua bahagian) pun, presiden tak akan terguling.



“Jadi, buat apa nak tandatangan surat. Mana ada?” katanya selepas sebuah acara di Kota Tinggi hari ini, lapor Harian Metro.

Mengenai respons akar umbi Umno dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Najib, Khaled menegaskan, pihaknya tetap akur ia hak mutlak dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

“Walaupun ada ribut dan desakan berlaku, ia di luar apa yang kita boleh lakukan. Kita akan terus berusaha memohon pengampunan (penuh) untuk Najib,” kata menteri pertahanan itu.

Kelmarin, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengumumkan hukuman penjara Najib dipendekkan daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta. Najib dijangka akan dibebaskan dari penjara pada 2028,



Susulan itu, Umno semalam dilaporkan berkata, ia akan mengemukakan rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong ke-17 bagi mendapatkan pengampunan penuh buat Najib.

Terdahulu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Ahmad Maslan hari ini menafikan dakwaan ketua bahagian sedang berusaha menggulingkan Zahid menjelang perjumpaan tertutup di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur petang ini.

“Tidak benar, itu cuma cucukan daripada pihak ingin memecahbelahkan Umno. Pertemuan dengan semua bahagian Umno petang ini hasil daripada perbincangan mesyuarat MKT pada Jumaat.

“Pertemuan petang ini cukup penting bagi menjelaskan kedudukan sebenar pengampunan penuh dan usaha yang telah dilakukan Umno,” katanya menurut Sinar Harian ketika melawat tapak projek menaik taraf Hospital Pontian di Johor.



Beliau berkata, Zahid sudah berusaha sedaya upaya mendapatkan pengampunan penuh buat Najib dan Umno kini memfokuskan usaha mendapatkan pengampunan penuh sekali lagi.

“Zahid telah lakukan banyak perkara, tidak semua boleh dinyatakan di depan khalayak ramai. Semalam, menerusi mesyuarat MKT, Zahid sudah jelaskan semua perkara yang dilakukan bagi mendapatkan pengampunan penuh Najib.”

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tanggal semua kemudian berambuslah – KPN

Akim diganggu perempuan miang nak menyondol



Norreen Iman silap tayang badan, tunjuk perut

Kemasukan wanita disyaki pelacur ‘unik’, lepas tanpa cop



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker