Kes pegawai polis bunuh pelajar disebut semula pada 21 Mac

Kes pegawai polis bunuh pelajar disebut semula pada 21 Mac

IPOH – Kes bunuh pelajar lelaki tingkatan lima membabitkan seorang pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintenden pada Disember lalu akan disebut semula Mac depan.

Majistret S. Punitha menetapkan 21 Mac ini untuk sebutan semula selepas pihak pendakwaan memohon satu tarikh baharu bagi serahan dokumen sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.



Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz memberitahu mahkamah bahawa terdapat dokumen-dokumen yang masih belum diperolehi dan pihaknya memerlukan masa bagi penyediaan dokumen berkenaan.

Permohonan tersebut tidak mendapat bantahan daripada peguam mewakili tertuduh, Mohd. Nazri Abdul Razak, 44, iaitu Jacky Loi Yap Loong dan Lim Chi Chau.

Selain Afzainizam, pihak pendakwaan turut diwakili Saiful Akmal Mod Said dan Geetha Jora Singh.

Turut hadir, peguam pemerhati bagi keluarga mangsa iaitu Datuk Wan Azmir Wan Majid dan Datuk Zamri Idrus.



Dalam prosiding bagi sebutan semula kes hari ini, Mohd. Nazri yang memakai pelitup muka dan baju berpenutup kepala ‘hoodie’ itu tiba di pekarangan mahkamah dengan tangan bergari pada pukul 8.20 pagi.

Pada 18 Disember lalu di mahkamah sama, tertuduh yang sebelum ini bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Muhammad Zaharif Affendi Muhd. Zamrie, 17 di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di dalam daerah Kinta antara pukul 12.05 hingga 12.40 tengah hari, 15 Disember 2023. K Online

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Benarkah Fatiya Latiff dibuang keluarga?

Rafizi dan Tony adalah kembar “Raja Formula Temberang”



Tengku Zafrul bidas Isham, tak tahu jangan pandai komen

Kalau tak dapat, saya naik hantu – Nabila Huda



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker