Arab Saudi berminat jalin hubungan dengan Israel – Blinken

Arab Saudi berminat jalin hubungan dengan Israel – Blinken

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, menyatakan pemerintah de facto Arab Saudi mengulangi minat dalam hubungan dengan Israel tetapi mahu konflik Gaza ditamatkan dan Palestin diiktiraf negara berdaulat.

Katanya, mengenai menjalin hubungan dengan Israel, Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, mengulangi minat untuk meneruskannya.



“Bagaimanapun, Putera Mahkota juga menetapkan dua syarat iaitu menamatkan konflik di Gaza dan laluan yang jelas serta boleh dipercayai untuk penubuhan negara Palestin,” katanya kepada pemberita di Doha sehari selepas pertemuan mereka di Riyadh.

Arab Saudi tidak pernah mengiktiraf Israel dan tidak menyertai Perjanjian Abraham 2020 diselaraskan oleh AS, yang menyaksikan jirannya di Teluk Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta Maghribi menjalin hubungan rasmi dengan Israel.

Di bawah pemerintah de facto Putera Mahkota Mohammed bin Salman, anak kepada Raja Salman yang semakin berusia, Riyadh menetapkan beberapa syarat termasuk jaminan keselamatan daripada Washington dan bantuan membangunkan program nuklear awam.

Namun, momentum itu terhenti selepas Hamas melancarkan serangan besar-besaran ke selatan Israel pada 7 Oktober lalu, mencetuskan perang Israel-Palestin.



Seminggu kemudian, sumber yang arif dengan rundingan jalinan hubungan Arab sausi-Israel memberitahu AFP bahawa Arab Saudi sudah menghentikan proses itu.

Blinken berkata, beliau tahu faedah besar akan diperoleh untuk semua orang yang prihatin dengan penyatuan Israel ke rantau itu, bermula dengan faedah untuk Israel.

“Itu sesuatu yang Israel perlu putuskan sendiri,” katanya yang turut melawat Israel sebagai sebahagian daripada jelajah Timur Tengahnya. BH

Arab Saudi berminat jalin hubungan dengan Israel – Blinken



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Benarkah Fatiya Latiff dibuang keluarga?



Rafizi dan Tony adalah kembar “Raja Formula Temberang”

Tengku Zafrul bidas Isham, tak tahu jangan pandai komen



Kalau tak dapat, saya naik hantu – Nabila Huda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker