Tol percuma sempena Tahun Baharu Cina

Tol percuma sempena Tahun Baharu Cina

Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi mengumumkan pengguna lebuh raya di seluruh negara akan menikmati tol percuma sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Beliau berkata, semua kelas kenderaan akan menikmati tol percuma bermula 12.01 tengah malam 8 Feb (Sabtu) hingga 11.59 malam 9 Feb ini (Ahad).



Tetapi katanya, pengecualian itu tidak termasuk Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuhraya Linkedua) di Johor.

“Pendekatan pemberian tol percuma ini adalah selaras dengan aspirasi kerajaan yang menitikberatkan soal kebajikan rakyat dan sentiasa membantu meringankan kos sara hidup rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Alexander turut menjelaskan inisiatif itu akan membabitkan implikasi kewangan RM42.99 juta.

Beliau berharap pengguna lebuh raya akan merancang perjalanan sebaiknya susulan pemberian tol percuma itu. FMT



Tol percuma sempena Tahun Baharu Cina

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Benarkah Fatiya Latiff dibuang keluarga?



Rafizi dan Tony adalah kembar “Raja Formula Temberang”

Tengku Zafrul bidas Isham, tak tahu jangan pandai komen



Kalau tak dapat, saya naik hantu – Nabila Huda



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker