Hanya bukan Islam saja boleh beli – Norreen Iman

Saya Tak Mahu Tanggung Dosa

Hanya bukan Islam saja boleh beli – Norreen Iman

SELEPAS nekad bertudung, pelakon Norreen Iman mengambil keputusan membuat jualan ‘prelove’ kesemua baju seksi miliknya.

Norreen, 30, bagaimanapun hanya menjual pakaian terpakai tersebut kepada orang bukan beragama Islam kerana enggan menanggung dosa sekiranya digayakan wanita Muslim.



“Saya buka dres ini kepada orang bukan Islam sahaja. Orang Melayu yang beli, saya tidak mahu tanggung dosa.

“Nanti ada pula orang kata saya jual baju tak panjang dan orang lain akan pakai baju ini,” katanya dalam siaran langsung TikTok.

Pada masa sama, Norreen yang juga personaliti media sosial itu membatalkan hasrat menjual sehelai gaun pendek warna biru yang dikatakan mempunyai banyak memori, selain rasa bersalah untuk dilepaskan kerana terlalu terdedah.

“Saya beli dres ini ketika bercuti ke Bali. Siapa yang pernah tengok saya pakai akan tahu macam mana kainnya boleh diregangkan.



“Baju ini banyak kenangan sangat. Tidak jadi jual baju ini, rasa serba salah. Tak baiklah,” ujarnya lagi.

Baru-baru ini, pemilik nama lengkap Norreen Iman Abdullah memutuskan untuk bertudung sepenuhnya selepas berdepan peristiwa menginsafkan.

Ibu kepada dua cahaya mata itu menangis apabila memadam semua gambar lama yang tidak berhijab dalam Instagramnya.

Meski masih belum sempurna dalam menutup aurat, ramai mendoakan pelakon Jangan Ganggu Jodohku itu supaya kekal istiqamah. HIBGLAM



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Benarkah Fatiya Latiff dibuang keluarga?



Rafizi dan Tony adalah kembar “Raja Formula Temberang”

Tengku Zafrul bidas Isham, tak tahu jangan pandai komen



Kalau tak dapat, saya naik hantu – Nabila Huda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker