RM100 sahaja dibenarkan semasa keluar operasi

RM100 sahaja dibenarkan semasa keluar operasi

Hanya RM100 sahaja dibenarkan berada milikan petugas hadapan mengikut prosedur operasi standard (SOP) semasa penugasan sesuatu operasi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, sekiranya lebih daripada nilai tersebut mengkehendaki kepada seseorang polis tersebut untuk melaporkan atau mengisytiharkannya kepada penyelianya.



Justeru, katanya siasatan dilakukan terhadap 10 anggota termasuk pegawai polis trafik yang sebelum ini ditahan selepas disyaki melakukan rasuah dan pelanggaran prosedur sewaktu sekatan jalan raya (SJR) Op Alkohol.

“RM100 adalah SOP petugas barisan hadapan. Sekiranya bawa lebih daripada wang itu kena isytihar.

“Setiap anggota keluar bertugas ada penyelia. Sewaktu taklimat (sebelum operasi) kena maklumkan perkara tersebut atau tulis dalam poket book.

“Ini kita sedang siasat sama ada dia maklum kepada penyelia atau catit dalam poket book. Kalau ada buat pengeluaran wang, kita akan siasat juga,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, hari ini.



Sebelum ini, sembilan anggota dan seorang pegawai polis trafik dicekup berhubung penemuan wang tunai RM3,753 sewaktu SJR dan telah ditukarkan penugasan ke bahagian pentadbiran.

Mengulas lanjut, Hussein berkata, pihaknya turut membuka kertas siasatan (IP) mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil berkaitan kesalahan harta tidak tahu punca selain IP tatatertib. K Online

RM100 sahaja dibenarkan semasa keluar operasi

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Benarkah Fatiya Latiff dibuang keluarga?



Rafizi dan Tony adalah kembar “Raja Formula Temberang”

Tengku Zafrul bidas Isham, tak tahu jangan pandai komen

Kalau tak dapat, saya naik hantu – Nabila Huda



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker