Mirzan, Mokhzani Mahathir belum isytihar harta

Mirzan, Mokhzani Mahathir belum isytihar harta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum menerima notis pengisytiharan harta daripada dua anak Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata pihaknya sudah menyerahkan notis itu mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009 kepada Mirzan dan Mokhzani bulan lalu.



Tetapi katanya, SPRM masih menunggu notis pengisytiharan daripada dua ahli perniagaan itu.

“Kalau tidak membuat pengisytiharan dalam tempoh ditetapkan, mereka boleh dituduh gagal mengisytiharkan harta.

“Tetapi, mereka boleh membuat permohonan selepas tempoh yang diberikan tamat (pertengahan bulan ini),” katanya menurut Harian Metro selepas Program Cakna Rasuah Bersama Pengamal Media Sarawak di Kuching.

Beliau berkata, ada banyak perkara lain dalam skop siasatan kes itu dan pengisytiharan harta satu daripada proses siasatan.



Katanya, pendakwaan terhadap mereka lambat lagi kerana SPRM perlu melengkapkan siasatan terlebih dahulu.

Pada 18 Jan lalu, SPRM mengkehendaki Mirzan mengisytiharkan semua aset alih dan tidak alih dalam pegangannya di dalam dan luar negara dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis.

Mokhzani pula disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Mirzan, Mokhzani Mahathir belum isytihar harta



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Benarkah Fatiya Latiff dibuang keluarga?



Rafizi dan Tony adalah kembar “Raja Formula Temberang”

Tengku Zafrul bidas Isham, tak tahu jangan pandai komen



Kalau tak dapat, saya naik hantu – Nabila Huda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker