Cikgu Fadli bersara kerana tak mahu jadi tetamu biadab
Cikgu Fadli bersara kerana tak mahu jadi tetamu biadab
Guru yang pernah mencetuskan kontroversi apabila mengkritik sistem pendidikan negara, Mohd Fadli Salleh menjelaskan keputusannya bersara awal bukan kerana kecewa dengan Kementerian Pendidikan (KPM).
Beliau yang lebih dikenali sebagai cikgu Fadli berkata keputusan itu dibuat kerana “terlalu sayangkan KPM dan tidak mahu menjadi tetamu yang biadab”.
“Sedikit pencerahan. Saya memilih bersara awal bukan kerana kecewa dengan KPM. Bahkan saya terlalu sayangkan KPM dan dunia pendidikan. Cuma adab Melayu, bila bertandang ke rumah orang, tidak molek kita membuat onar sesuka hati.
“Saya tak mahu jadi tetamu yang biadab terhadap tuan rumah yang baik hati. Kerana kasih dan menghormati tuan rumah saya undur diri,” katanya di Facebook.
Terdahulu, Fadli, 41, mengumumkan perkara itu di Facebook berserta gambar majlis persaraannya di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan akan terus berada dalam bidang pendidikan cuma berbeza haluan dan suaranya akan sentiasa ada.
“Terima kasih buat seluruh warga KPM selama ini. Maafkan diri ini atas apa jua salah silap selama masa,” katanya.
Fadli sebelum ini mendapat perhatian ramai apabila sering mengkritik sistem pendidikan negara, sehingga dihadapkan ke Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan pada 2022 namun didapati tidak bersalah oleh KPM.
Antara isu dibangkitkannya adalah silibus matematik untuk pelajar sekolah rendah, yang menurutnya tidak sesuai dengan keupayaan mereka.
Fadli juga mendakwa, sistem pendidikan negara rosak disebabkan kewujudan “Little Napoleon” di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang “menyorok” kebenaran isu silibus aras tinggi, dibebankan ke atas guru dan pelajar sekolah rendah.
Beliau berkhidmat sejak 18 tahun lalu bermula 3 Jan 2006 di SK Mambang, Pekan, Pahang, sebelum berpindah ke SK Taman Melawati 2 pada Disember 2009, dan menamatkan perkhidmatan bulan ini di SK (1) Gombak selepas mendaftar diri pada Oktober 2016. FMT
Cikgu Fadli bersara kerana tak mahu jadi tetamu biadab
Baca Artikel Menarik:
- Maut selepas cabut gigi
- Jangan sampai kami cadangkan UMNO tarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan
- Anwar cabar pembangkang bongkar salah laku kerajaan
- 5 anggota polis ditahan disyaki peras ugut pekerja kilang
- Latheefa dakwa Anwar salahkan Agong
- Saya tak lena tidur selagi tiada penjelasan polis
- Noh boleh cari saya – Essam
- Saya buat kerja gila – Azizulhasni
- Polis peronda dilanggar lari
- Tony Pua ‘menjawab’ kepada Bukit Aman ditemani Guan Eng
- Lantikan Syed Hussin ‘tamparan’ buat pembangkang
- UMNO berhak – Anwar
- Tony Pua sindir IGP
- Gerakan ‘ketua bahagian’ mahu gulingkan Zahid sebagai Presiden UMNO dinafikan
- Najib amat sedih dan kecewa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET