Bibik jaga Musa, dia pergi ‘dating’ – Noh Salleh

Bibik jaga Musa, dia pergi ‘dating’ – Noh Salleh

SEMAKIN panas, penyanyi Noh Salleh mendakwa bekas isteri, Mizz Nina tidak menjaga anak angkat mereka, Musa sebaliknya menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada pengasuh.

Noh atau nama lengkapnya Mohammad Noh Salleh, 39, turut menyatakan Musa berada dalam keadaan baik sepanjang di bawah jagaaannya selama tiga minggu.

“Hanya orang yang pandai jaga Musa sahaja yang boleh buat dia gembira

Selama tiga minggu dengan kami, bangun tidur dia dengan kami, dia sangat gembira. Saya tidak pernah melihat wajahnya seperti itu.

“Mana pergi traumanya? Kau (Nina) tidak pernah jaga dia, tinggalkan (Musa) pergi ‘dating’ di Amerika Syarikat. Yang jaga Musa pun bibik. Trauma itu berlaku di bawah jagaan dia,” katanya kepada HibGlam.

Sementara itu, vokalis kumpulan Hujan itu akan cuba mencari jalan berjumpa dengan anak angkatnya selain memaklumkan tindakan Nina yang cuba memisahkan Musa daripadanya.

“Dari awal lagi saya rasa, sebelum kahwin dengan mamat itu (Essam), dia tak bagi Musa panggil saya bapak. Ketika itu dia cuba putuskan hubungan saya dengan Musa.

Saya sanggup mati untuk melindungi Musa tetapi akan buat dengan cara baik bukan dengan fitnah dalam media sosial. Saya akan memohon untuk hak lawatan.

“Hubungan anak dengan bapa ini, walaupun bukan anak kandung , saya kalau dah sayang, saya sanggup mati demi lindungi Musa. Saya akan ikut undang-undang, tidak mahu rakus,” jelasnya.

Hari ini, Mizz Nina hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bersama suaminya, Essam Muhammad dan peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan dan Mahmud Abdul Jumaat mengesahkan penarikan balik untuk kes penjagaan penuh bagi anak angkat mereka iaitu Musa dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara.

Semalam peguam mewakili Mizz Nina selaku plaintif iaitu Fakhrul Azman memaklumkan prosiding Sulh tidak berlangsung susulan penyanyi itu telah menarik semula kes penjagaan penuh Musa dan Inter-parte bagi hak penjagaan sementara.

Mizz Nina juga mendakwa Noh membawa keluar Musa tanpa kebenaran dan pengetahuan pihaknya.

Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 44, mengakui perkara yang disifatkan sebagai satu pengkhianatan itu memberikan kesan emosi kepadanya apatah lagi dia adalah ibu susuan kepada Musa dan tidak pernah berjauhan dengan Musa selama itu.

Nina sebelum ini mendedahkan kejadian anaknya dibawa keluar dari rumah berlaku pada 19 Disember tahun lalu, ketika dia dalam penerbangan ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja. Dia kemudiannya mendapatkan perintah mahkamah untuk mendapatkan semula Musa.

Noh dalam kenyataan kepada media pula berkata, tiada langsung unsur penculikan seperti yang didakwa, malah sudah mendapatkan kebenaran ibu kandung Musa untuk menjaga kanak-kanak itu.

Vokalis kumpulan Hujan itu kemudian tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dituntut ibu kandung Musa yang hanya mahu dikenali sebagai Athira.

Noh, 39, menerusi hantaran di Instagram (IG), berkata, dia juga akan mengikut beberapa tuntutan lain seperti menarik balik kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini termasuk memadam gambar Musa di media sosial. HIBGLAM

Bibik jaga Musa, dia pergi ‘dating’ – Noh Salleh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Benarkah Fatiya Latiff dibuang keluarga?

Rafizi dan Tony adalah kembar “Raja Formula Temberang”

Tengku Zafrul bidas Isham, tak tahu jangan pandai komen

Kalau tak dapat, saya naik hantu – Nabila Huda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker