Kenyataan Hadi penuh bongkak, sombong – Saifuddin

Kenyataan Hadi penuh bongkak, sombong – Saifuddin

Kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menegaskan alasan parti itu menolak menubuhkan kerajaan perpaduan bersama PH selepas PRU15 adalah penuh bongkak dan sombong.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata kenyataan Abdul Hadi itu menunjukkan seolah-olah mereka mempunyai kuasa mutlak menghukum seseorang.



“Kenyataan baru Abdul Hadi membuktikan beliau sangat mudah menghukum orang yang berbeza pandangan sebagai zalim dan sekular… dan sebelum ini (mereka digelar) munafik dan kafir. Ini amat dikesali.

“Presiden PAS dan PAS sekarang menganggap mereka ada kuasa mutlak menghukum orang.

“Ini pemikiran Khawarij yang berbahaya kerana jika kita merujuk sejarah, kumpulan sebegitu boleh bertindak secara ekstrem sehingga membunuh pihak yang tak setuju dengan mereka.

“Pemikiran ekstremisme seperti ini wajar ditolak umat Islam termasuk kita di Malaysia,” katanya.



Semalam Abdul Hadi dipetik sebagai berkata, PAS tetap beristiqamah bersama “Islam yang berkuasa” dan menolak pihak yang dilabelnya sebagai “Islam sekular yang tidak berkuasa”.

Walaupun tidak memetik sebarang nama atau parti, kenyataam bekas duta khas bertaraf menteri pada zaman PN itu mengingatkan banyak pihak kepada peristiwa selepas PRU ke-15 pada tahun lalu.

Ia menyaksikan tiada satu pun parti dapat menguasai majoriti kerusi di Dewan Rakyat dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menyarankan agar kerajaan perpaduan dibentuk.

Syahadah asas perpaduan



Bagaimanapun PN – yang diketuai Muhyiddin Yassin – menolak cadangan tersebut kerana yakin parti itu memiliki jumlah yang mencukupi untuk menjadi kerajaan.

Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata sebenarnya PAS sebagai pentadbir boleh dianggap gagal seperti yang disaksikan di negeri diperintah parti itu.

“PAS berkuasa penuh di Terengganu. Tiada pembangkang…. PAS berpeluang menunjukkan bagaimana model pemerintahan yang boleh PAS amalkan.

“Yang jelas PAS gagal. PAS menutup kegagalan ini dengan cara mengembang politik dan pemikiran Khawarij,” kata Saifuddin.



Tambahnya Abdul Hadi cuba memberi justifikasi kenapa PAS menolak cadangan Agong untuk menyertai kerajaan perpaduan yang digagaskan baginda.

“Justifikasi Abdul Hadi juga penuh bongkak dan sombong.

“Justeru saya mengajak Abdul Hadi menginsafi asas perpaduan sesama Muslim ialah mengucap syahadah.

“Asas perpaduan Muslim dan bukan Muslim pula ialah menjaga kepentingan bersama. Contohnya menjaga keamanan negara, keharmonian dalam kalangan rakyat, memakmurkan ekonomi dan lain-lain. Ini semua adalah kepentingan bersama,” kata Saifuddin. Mk



Kenyataan Hadi penuh bongkak, sombong – Saifuddin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Skandal Spanco, siapa terbabit?



Cikgu Fadli bersara kerana tak mahu jadi tetamu biadab

Memang kami lepak dengan Hot Daddy

Saharul Ridzwan jual rumah pula

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker