Pembangkang mahu kerajaan iktiraf ‘kabinet bayangan’, tuntut elaun bulanan RM5000

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika sidang media Khamis lalu selepas mempengerusikan Mesyuarat Ketua jawatankuasa Portfolio Dewan Rakyat Ke-15 PN di ibu negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa mengiktiraf Kabinet bayangan pembangkang dengan diberi elaun bulanan RM5,000, tanpa pencen, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan imbuhan lain.

Gesaan oleh gerakan baharu, Projek – Kestabilan dan Akauntabiliti untuk Malaysia (Projek SAMA) itu bagi mengikut langkah sama yang dilaksana di negara demokrasi berparlimen matang seperti United Kingdom, Australia, Kanada dan New Zealand.

Dalam satu kenyataan, kumpulan itu menjelaskan, menteri dalam Kabinet bayangan itu perlu juga mengangkat sumpah sebagai pembangkang setia di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

“Menteri bayangan perlu diberi sumber untuk menggaji seorang penyelidik yang berkelulusan sesuai dengan portfolio mereka serta akses yang bersesuaian kepada maklumat kerajaan.



“Pengiktirafan Kabinet bayangan selari dengan gagasan Madani dalam erti kata memupuk hormat, keyakinan, menunjukkan daya cipta dan menginsentifkan kesejahteraan,” menurut Projek SAMA.

Projek SAMA diwujudkan bagi mengajak semua pihak memperjuangkan reformasi institusi demi memupuk kestabilan politik dan akauntabiliti di negara ini.

Inisiatif diasaskan sekumpulan individu itu diperkenal untuk membentuk ‘perdamaian’ melibatkan semua parti politik demi demokrasi yang lebih baik.

Ia juga selari dengan kedudukan negara yang sedang melalui fasa pendemokrasian yang baharu berikutan situasi Parlimen tergantung dan kerajaan campuran.



Dalam kenyataan sama, Projek SAMA mengucapkan tahniah kepada Perikatan Nasional (PN) atas rombakan Kabinet bayangan mereka, dengan menambah lima ahli baharu dan mengubah portfolio lima yang sedia ada.

“Projek SAMA berharap mereka akan memanfaatkan peluang ini untuk menonjolkan kaliber dan kesediaan menjadi menteri pada masa akan datang.

“Kami yakin semua rakyat akan beruntung dan ekonomi akan bertambah baik sekiranya parti-parti kerajaan dan pembangkang dapat bersaing atas dasar dan penyelesaian untuk cabaran yang menduga Malaysia daripada bertikam lidah dan berlawan sorak atas perang budaya pasal etnik, agama, bahasa dan istana,” kata kumpulan itu.

PN pada Khamis mengumumkan lima ketua portfolio baharu dalam Kabinet Bayangan bagi menyelaraskan pengurusan gabungan itu sebagai pembangkang di Parlimen.



Ahli Parlimen PAS Kemaman, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik sebagai Ketua Portfolio Pengajian Tinggi, manakala Ali Parlimen PAS Bachok, Shahir Sulaiman sebagai Ketua Portfolio Ekonomi.

Sementara itu, Ahli Parlimen PAS Tangga Batu, Bakri Jamaluddin dilantik sebagai Ketua Portfolio Perladangan dan Komoditi sementara Ali Parlimen PAS Alor Setar, Afnan Hamimi sebagai Ketua Portfolio Belia dan Sukan.

Turut dilantik, Ali Parlimen BERSATU Rompin, Datuk Abdul Khalib Abdullah sebagai Ketua Portfolio Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rafizi yang akan ‘terbakar’ jika terus temberang



Vida geram Marissa jadi penyondol

Kecantikan Marissa bikin ramai cair



Rekod Nasi Kandar Sulaiman pecah lagi, kali ini RM222

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker