Gaduh guna tongkat di lebuh raya, polis sahkan terima satu laporan

MUAR: Polis mengesahkan video tular memaparkan pergaduhan membabitkan pengguna jalan raya termasuk ada yang dilihat menggunakan tongkat kayu, berlaku di Kilometer 139.6 Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Pagoh, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata pihaknya turut menerima satu laporan polis mengenai kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.58 petang tadi.

Beliau berkata, kejadian itu dipercayai membabitkan warga asing dengan rakyat tempatan, dengan satu video berdurasi 54 saat turut dikesan yang dimuat naik di media sosial berhubung pergaduhan terbabit.

“Setakat ini, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Pagoh mengenai insiden itu.

“Polis akan mengeluarkan kenyataan media sebaik fakta lengkap diperoleh,” katanya melalui kenyataan.

Berdasarkan video terbabit, insiden berlaku ketika lebuh raya sesak membabitkan lelaki warga asing yang memandu kereta jenis Mitsubishi Lancer dengan pemandu Toyota Innova dipercayai warga tempatan.

Pemandu Mitsubishi dilihat cuba melanggar seorang lelaki sebelum keluar dari kenderaan sambil membawa tongkat kayu dan memukul pemandu Toyota Innova.

Bagaimanapun, insiden itu dileraikan pengguna jalan raya lain yang kebetulan berada di lokasi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rafizi yang akan ‘terbakar’ jika terus temberang

Vida geram Marissa jadi penyondol

Kecantikan Marissa bikin ramai cair

Rekod Nasi Kandar Sulaiman pecah lagi, kali ini RM222

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker