Noor Nabila kata bila-bila masa Sharnaaz boleh ambil Jebat

KUALA LUMPUR: Ketika isu hak penjagaan anak antara pasangan berpisah hangat diperkatakan, hubungan baik pelakon, Sharnaaz Ahmad dan bekas isteri, Noor Nabila dijadikan teladan netizen terutama mereka yang berada dalam situasi sama.

Bagaimanapun, Noor Nabila menganggap dirinya tidak layak dipuji kerana setiap orang berdepan ujian berbeza dengan setiap pasangan berpisah, ada kisah tersendiri.

Namun, kakak Noor Neelofa ini menganggap, selepas bercerai, seorang wanita dan ibu perlu menjadi insan yang lebih ‘besar’ untuk meredakan keadaan.



“Saya dan Sharnaaz sudah bercerai selama tiga tahun. Setakat ini, Alhamdulillah. Mula-mula dahulu ada ‘hiccup’ hendak faham. Tetapi, dalam hal ini, perempuan atau ibu kena main peranan lebih daripada bapa.

“Ibu kena lebih faham dan tidak pentingkan diri sendiri. Maksudnya, awak berkorban demi anak dan memaafkan serta melupakan demi anak. Awak buat itu sebagai prinsip nombor satu.

“Buang semua ego, perit dan pahit. Semua itu kena letak tepi dan jalan terus. Itu bagi diri ini… Saya tidak tahu orang lain macam mana. Isu rumah tangga ini, kita tidak tahu dasarnya, saya pun tidaklah rancang semua ini… Semuanya berlaku sendiri,” katanya kepada BH Online.

Ibu Jebat Jayden ini mengakui tidak melalui masa yang mudah selepas berpisah. Namun, disebabkan mempunyai pengalaman ibu dan bapa berpisah, dia memilih untuk berkorban demi anak.



“Saya juga datang daripada ‘broken family’ di mana ibu bapa saya bercerai. Apabila perkara ini terjadi ketika kecil, saya berjanji dengan diri sendiri, saya tidak mahu anak rasa apa yang saya rasa.

“Saya mahu anak okay. Jadi, saya berkorban agar anak saya tidak rasa apa yang lalui. Itulah sebabnya saya okay sahaja dengan semua. Sampai sekarang saya dan Sharnaaz tiada perjanjian hendak ambil anak bila dan sebagainya.

“Bila-bila masa Sharnaaz mahu ambil anak, boleh. Dalam sehari, tiga hingga empat kali pun dia datang, saya okay. Perkara ini bagus untuk anak kami. Dia (Jebat) tidak rasa pun kesan. Dia juga tidak pernah bertanya mengenai kami. Pada Jebat, dia gembira ada emak dan bapanya.

“Sharnaaz juga sama seperti saya. Apa dia buat, dia akan fikir anak,” katanya.



Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017, namun, berpisah pada 9 Julai 2020 selepas hampir setahun berdepan kemelut rumah tangga. Mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Jebat Jayden.

Pada masa sama, Nabila dipuji mengenai keterbukaan menerima Amelia Christie yang dikatakan menjalin hubungan rapat dengan Sharnaaz, secara baik.

Nabila berkata, selepas mengenali Amelia secara dekat, dia selesa dengan pelakon terbabit yang dilihat pandai membawa diri, baik hati dan penyayang.

“Apabila saya kenal dia dan tengok dirinya ikhlas dengan anak saya, apatah lagi dia baik, saya gembira dapat kenal dia.



“Saya sayang dia… Saya selalu cakap begitu. Dia macam adik saya sendiri. Kalau dia hendak apa-apa, pandangan atau sebagainya, saya ada. Kita juga selalu WhatsApp setiap hari… Jebat pun sayang dia.

“Tetapi mungkin sesetengah orang, dia cemburu orang lain rapat dengan anak dia. Saya hanya fikir positif. Saya hendak masuk 40 tahun. Kalaulah Sharnaaz dan dia ada jodoh dan umur saya tidak panjang, sekurang-kurangnya anak saya ada emak yang sayangkan dia,” katanya.

Baru-baru ini, hubungan Amelia dan Nabila mendapat perhatian netizen apabila Amelia dilihat bersama Nabila pulang ke kampung halaman keluarga Nabila di Kelantan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rafizi yang akan ‘terbakar’ jika terus temberang



Vida geram Marissa jadi penyondol

Kecantikan Marissa bikin ramai cair

Rekod Nasi Kandar Sulaiman pecah lagi, kali ini RM222

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker