Azmin jual mimpi, dakwa PN akan rampas Selangor bermula di PRK Kuaka Kubu Bahru

HULU SELANGOR: Kemenangan Perikatan Nasional (PN) pada PRK Kuala Kubu Baharu menjadi permulaan baik merampas kerajaan Selangor pada pilihan raya akan datang, kata pengerusi negeri, Azmin Ali.

“Kemenangan kita di KKB tak mungkin dapat ubah kerajaan negeri untuk masa ini tapi ia satu permulaan baik semakin dekat kita runtuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan bangkit sebagai kerajaan PN di Selangor,” katanya ketika berucap sempena pelancaran manifesto calon PN di Pekan Kuala Kubu Baharu.

Bekas menteri besar Selangor itu berkata, kemenangan calon PN juga akan menguatkan kedudukan pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor.



Mengulas berkait manifesto PH, Azmin berkata, kini PH tidak lagi menjanjikan ‘bulan dan bintang’.

“Kita PN tak janji bulan bintang tapi kita janji tenaga kudrat, pemikiran sedaya upada kita nak angkat martabat rakyat di KKB,” katanya.

Manifesto PN fokus 5 teras

Calon PN, Khairul Azhari Saut melancarkan lima teras dalam manifesto antarnya menuntut pembangunan berkualiti; menjamin kelestarian alam serta mempromosi keindahan alam sekitar di Kuala Kubu Baharu untuk memangkin ekonomi masyarakat setempat.



Khairul juga berhasrat menyediakan platform dalam talian mempromosi dan menjadi ejen pemasaran produk tempatan; menggembleng potensi generasi muda dan wanita dengan naik taraf kemudahan sukan dan rekreasi

Selain itu, kandungan manifesto menyentuh pembelaan terhadap masyarakat minoriti melibatkan Orang Asli dan pembelaan kepada Orang Kurang Upaya (OKU).

Selain Khairul, turut bertanding PRK Kuala Kubu Baharu 11 Mei, calon PH, Pang Sock Tao, Hafizah Zainuddin dari Parti Rakyat Malaysia, dan bebas, Nyau Ke Xin.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong daripada PH akibat barah pada 21 Mac lalu. Pada PRN Selangor Ogos lalu, Lee menang dengan majoriti 4,119 undi.



Seramai 40,226 pemilih layak mengundi terdiri daripada 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang pengundi tidak hadir luar negara.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)

108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka



Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia

Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker